Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

ChocoAlbab Tawar Proton X70 Percuma di Jom Heboh

by Phic ARMAN
May 1, 2024
Share on Facebook

KUALA LUMPUR: Empayar syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama ChocoAlbab produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin berkualiti kini melancarkan Kempen Beli & Menang Proton X70 buat julung kalinya.

Proton X70 yang ditawarkan ChocoAlbab kepada pelanggan bertuah di Jom Heboh 2024

Kempen berkenaan dilancarkan serentak dengan penganjuran Karnival Jom Heboh 2024 bermula Mei hingga November depan membabitkan empat lokasi termasuk di Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Pengasasnya yang juga ahli perniagaan popular, Said Saiful Fazli, berkata kempen terbabit sebagai usaha menghargai peminat serta pembeli jenama berkenaan selepas tiga tahun berada di pasaran.

Orang kuat ChocoAlbab, Said Saiful Fazli bersama pempengaruh media sosial, Aya Amiruddin di hadapan kereta proton X70 di mana khidmat gadis berkenaan digunakan untuk mempromosikan agenda di Jom Heboh 2024

“Kita mencari pemenang bertuah di antara jutaan peminat jenama kami untuk memiliki kereta berkenaan yang bernilai lebih RM100,000. Kita juga mengutamakan jenama kereta tempatan sebagaimana kami terus memperjuangkan jenama ChocoAlbab milik bumiputera. Ini selari dengan jenama kereta tersebut menjadi kereta pilihan rakyat Malaysia.

“Selari dengan tagline ChocoAlbab iaitu “living in joy” atau “hidup berbahagia”, kami sangat komited ingin membahagiakan orang ramai dengan produk dan jenama kami.

“Nak menang kereta itu untuk hadiahkan kepada yang tersayang seperti ibu bapa, suami, isteri dan sebagainya juga amat dialu-alukan. Barangkali yang nak tukar kereta baharu, inilah peluang dan kesempatan yang ada untuk berbuat demikian. Siapa tahu kereta ini bakal menjadi milik anda,” kata Said.

Tambah Said, kempen ini cukup bermakna dan positif dalam memberi impak kepada masyarakat yang tidak memiliki kereta atau ingin bertukar kepada kereta baru untuk kegunaan keluarga.

“Mana tahu dengan hanya berbelanja RM29.90 mereka bukan sahaja dapat barangan kami malah mereka dapat sertai peluang memenangi Proton X70.

“Mereka juga boleh meningkatkan peluang memenangi Proton X70 dengan membeli lebih dari satu bagi melayakkan mendapat lebih banyak penyertaan.

“Rezeki tak pernah salah alamat. Usaha kecil anda dengan bermula menerusi pembelian barangan kami dari harga ditetapkan mungkin akan mengubah segala-galanya,” Katanya.

Kata Said lagi, sepanjang mengikuti kembara siri jelajah Karnival Jom Heboh 2024 ini, mereka akan terus rancak mempromosikan produk dihasilkan.

“Yang nak cuba rasa sampel ChocoTub dan minuman Belgium Choco juga jangan segan untuk singgah ke gerai kami selama Karnival Jom Heboh berlangsung.

“Lokasi di Putrajaya bermula 3 hingga 5 Mei ini, Melaka (28 hingga 30 Jun), Pulau Pinang (27 hingga 29 September) dan terakhir di Johor (1 hingga 3 November),” Katanya.

Untuk makluman, perkataan Albab di dalam jenama berkenaan turut memberi maksud yang sangat simbolik.

Ia diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud “pintu”. Di mana Pintu itu memberi makna lebih tepat kepada ‘Pintu Rezeki’ dan ‘Pintu Kebahagiaan’.

Jenama ini juga bangkit ketika negara dilanda pandemik COVID 19 pada 2020 dan terus berkembang pesat serta meledak hingga kini kerana turut dijual di restoran Mamak dan kedai runcit di seluruh negeri.

ChocoAlbab
https://lomp.at/fytou
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Intai Rumah Baru Aliff Syukri di Sunway d’hill Residences,- “Betul-betul Mega Rumahnya”

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman buat ramai terkejut apabila berkongsi video rumah barunya di Instagram. Dalam kapsyen,...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
Korporat

Kenali Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Aset Penting AirAsia X Menurut Tony Fernandes

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Kadang-kadang dalam dunia travel ini, kita tak nampak siapa di belakang tabir yang susun semua strategi. Kita cuma nampak tiket...

Read moreDetails
LifeXplore

“SPM Dulu Saya Dapat 1A Sahaja”- Ben Ali Kenang Zaman Habis Sekolah

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Kalau anda rasa perjalanan hidup seseorang mesti sempurna dari awal, tunggu dulu. Kisah Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara