Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Cik B Baru Tahu Maksud Namanya Sendiri, Netizen Terhibur

by Farah Fatihah
December 4, 2025
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama “Cik B” atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memang sudah sinonim dengan anak kepada usahawan sensasi, Dato Seri Vida atau nama sebenar Dato’ Sri Dr. Hasmiza binti Othman yang merupakan seorang usahawan, pengacara, pelakon dan penyanyi wanita Malaysia yang berasal dari Kelantan.

Rupa-Rupanya “Cik B” Tu “Cik Brother”

Baru-baru ini, satu perkongsian di laman Tiktok @Cikb_havoc  mencuri tumpuan ramai apabila beliau mendedahkan maksud sebenar di sebalik gelaran tersebut dan jawapannya langsung tak dijangka netizen.

@cikb_havoc

Cik Brader

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Menurut perkongsian itu, Cik B mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan maksud sebenar nama panggilannya. Menurutnya, gelaran “Cik B” sebenarnya membawa maksud “Cik Brother”, bukan sekadar panggilan manja seperti yang ramai sangkakan selama ini.

Cik B turut bercerita bahawa ibunya, Dato’ Seri Vida, pernah memanggilnya “Baby” semasa kecil, sebelum nama itu berubah kepada “Cik B” apabila meningkat remaja. Lebih mencuit hati, Cik B sempat bergurau,

“Patutlah saya macam brother, brother sikit,”

Rata-rata netizen yang terhibur dengan kejujurannya dan sempat memberi komen di akaun Tiktoknya.

Tidak hairanlah ruangan komen dibanjiri reaksi lucu dan sokongan peminat yang menganggap Cik B sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk menceriakan hari mereka.

Rata-rata netizen mengaku mereka selama ini fikir nama “Cik B” hanya merujuk kepada huruf inisial atau sekadar panggilan comel daripada ibunya.

Tidak kurang juga yang berkata pendedahan itu membuat mereka “hilang fokus sekejap” sebab tak pernah terfikir langsung maksudnya begitu. Ada yang berseloroh mengatakan Cik B memang mempunyai gaya dan personaliti yang ‘unpredictable’ sentiasa ada sahaja perkara spontan yang mencuit hati.

Selain itu, Cik B turut memuat naik penjelasan sama di laman Threads, menjelaskan dengan lebih santai bahawa gelaran “Cik B” sebenarnya bermaksud “Cik Brader”. Perkongsian itu turut menerima pelbagai komen lucu daripada pengguna yang terhibur dengan kejujuran dan selamba dirinya.


Menariknya, pendedahan Cik B muncul ketika TikTok sedang hangat dengan trend panggilan “B”. Trend itu tercetus daripada satu kes yang melibatkan seorang wanita dan lelaki bergelar suami orang, di mana wanita tersebut mendakwa dia memanggil lelaki itu “B” kerana kononnya merujuk kepada “Brother”.

Disebabkan isu itu tular besar-besaran, panggilan “B” menjadi bahan jenaka ramai di media sosial dan secara tidak langsung membuatkan netizen mengaitkannya dengan nama Cik B.

Gelagat Cik B yang sememangnya terkenal dengan karakter selamba, jujur dan bersahaja terus menjadi daya penarik buat para peminatnya. Walaupun sering tampil dalam situasi humor, Cik B tetap menunjukkan keyakinan diri yang tinggi dan tidak takut menjadi diri sendiri sesuatu yang jarang kita lihat dalam kalangan remaja seusianya.

[VIDEO] Gelagat DSV Prank Cik B Di Lapangan Terbang, Raih Perhatian Netizen!-"Mama Rindu Anak Kesayangan"
cik BCik brother
https://lomp.at/p4ofc
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore