Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Cik Puan Sofie Bersyukur Sudah Divaksin, Ini Nasihat Beliau Kepada Rakyat Kelantan

by Phic ARMAN
June 22, 2021
Share on Facebook

Isteri Tengku Mahkota Kelantan, Cik Puan Sofie Louise Johansson hari ini mengucapkan rasa syukurnya kerana telah berjaya menyempurnakan dos kedua vaksin Covid-19. Menerusi Instagram rasminya @ljo_, beliau berkata dos kedua telahpun disuntik bersama ahli-ahli Keluarga diraja Kelantan.

“Keluarga diraja Kelantan baru sahaja menerima dos kedua vaksin . Alhamdulillah, Tengku Mahkota dan saya telah pun disuntik dos ke-2 vaksin Covid-19, bersama ahli-ahli Keluarga diraja Kelantan.”-tulisnya

Menurut Cik Puan Sofie yang merupakan graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris dan Sosiologi ini, beliau bersetuju menerikan suntikan vaksin bagi melindungi orang-orang tersayang.

“Saya memutuskan untuk menerima suntikan vaksin bagi melindungi keluarga dan orang-orang yang saya sayangi, termasuk semua rakyat Kelantan yang di kasihi. Tentunya saya memilih untuk mempunyai perlindungan dengan adanya vaksin ini daripada virus Covid-19.”-ujarnya

Sementara itu, Cik Puan Sofie  berharap semua rakyat Kelantan supaya tidak ragu-ragu untuk divaksin.

“Saya sangat berharap keseluruhan rakyat Kelantan juga tidak meragu-ragu untuk divaksinasikan. Bersama-sama kita dapat menjayakan program vaksinasi, Inshallah.”

Banyak berita negatif, rakya gagal hadir menerima suntikan vaksin

Terdahulu, menerusi laporan dari Harian Metro pada Mei yang lalu, hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin .

Dalam laporan tersebut menulis, seorang warga emas mengakui rasa takut selepas mendengar pelbagai berita negatif mengenai kesan suntikan vaksin menyebabkan dia gagal hadir untuk janji temu suntikan vaksin Covid-19.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zahra berusia 70 tahun itu berkata, maklumat negatif itu didengari ketika berborak dengan penduduk kampung menyebabkan dia belum bersedia untuk menerima vaksin.

Error happened.
Setiap Suapan Ada Cerita... Jom Cuba Tempat Makan Best Wajib di Kelantan!
Cik Puan SofieCik Puan Sofie Louise Johanssonisteri kerabat kelantankelantanTengku Mahkota Kelantan
https://lomp.at/s2i1j
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara