Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore VMY2026

Citrawarna 2026 Kembali Gegarkan Dataran Merdeka, Ini 5 Tarikan Yang Buat Ramai Tak Sabar!

by Phic ARMAN
June 20, 2026
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah lama tak rasa suasana festival budaya yang betul-betul meriah? Berita baik buat orang ramai, Citrawarna 2026 bakal kembali menggegarkan Dataran Merdeka pada 24 hingga 26 Julai ini dengan pelbagai persembahan, makanan tradisional dan aktiviti menarik yang meraikan keunikan budaya Malaysia. MURAI senaraikan lima perkara yang pasti buat ramai tak sabar nak datang!

1. Dataran Merdeka bakal bertukar jadi pentas penuh warna-warni

Selama tiga hari, Dataran Merdeka akan dihiasi dengan pelbagai persembahan budaya dari seluruh negara. Memang meriah dan sesuai untuk bawa keluarga atau rakan-rakan menikmati suasana festival.

2. Perarakan gergasi yang jadi acara kemuncak

Kalau ada satu acara yang wajib tengok, sudah tentu Citra Perarakan pada 25 Julai. Gabungan muzik, tarian dan kostum tradisional daripada kontinjen seluruh Malaysia dijangka menjadikan Dataran Merdeka lebih meriah dan memukau.

3. Kaki makan memang tak boleh lepaskan Citra Rasa

MURAI percaya bahagian ini pasti jadi tumpuan ramai. Pelbagai hidangan tradisional dan pengalaman gastronomi tempatan bakal disajikan. Datang dengan perut kosong memang satu kelebihan!

4. Banyak aktiviti budaya dan seni yang menarik

Bukan sekadar tengok persembahan, pengunjung juga boleh menikmati pameran seni, melihat demonstrasi kraf tangan tempatan serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan sepanjang festival berlangsung.

5. Festival ikonik yang dah jadi kebanggaan Malaysia

Sejak diperkenalkan pada 1999, Citrawarna sudah menjadi antara acara budaya paling dinanti setiap tahun. Lebih istimewa, edisi kali ini berlangsung sempena Visit Malaysia 2026 yang bakal memperkenalkan keindahan budaya negara kepada pelancong dari seluruh dunia.

Topik Berkaitan 5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

MURAI rasa, kalau anda masih tercari-cari aktiviti menarik pada hujung Julai nanti, Citrawarna 2026 memang antara acara yang wajib dimasukkan dalam senarai!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Citrawarna 2026Visit Malaysia 2026
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Kelantan, Kedah Hingga Johor, The Overlooked Malaysia Ajak Kita Lihat Sisi Lain Negara Sendiri

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Bila sebut tentang percutian, kita mungkin terus terbayang tiket kapal terbang, airport dan destinasi luar negara. Tetapi pernah tak kita...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara