Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

COMB-AT: OSK Group Ajak Orang Ramai ‘Sental’ Pantai Balok, 68.75kg Sampah Berjaya Dikumpul

by Phic ARMAN
August 22, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah tak kita berjalan di tepi pantai, menikmati angin laut dan pemandangan cantik, tapi tiba-tiba ternampak botol plastik, tali atau sampah tersangkut di celah pasir?

Persoalannya, kalau sampah itu terus dibiarkan, sampai bila pantai kita boleh kekal cantik?

Atas sebab itu, OSK Group tampil dengan OSK Beach Combing (COMB-AT), sebuah inisiatif pemuliharaan pantai selama setahun yang dilancarkan di Pantai Balok, Kuantan.

Menariknya, COMB-AT bukan sekadar aktiviti gotong-royong sehari dan habis cerita. Dengan tagline “Comb the Coast, Combat the Waste”, program ini turut melibatkan proses pengasingan, penimbangan dan rekod data sampah yang dikutip.

COMB-AT: 68.75kg Sampah Dikumpul Di Pantai Balok

COMB-AT

Dalam aktiviti pelancaran yang disertai kira-kira 100 peserta, sebanyak 68.75kg sampah berjaya dikumpulkan dan diasingkan mengikut jenis.

Paling banyak? Plastik dan botol plastik dengan jumlah 38.15kg.

Selain itu, peserta turut menemui 7.35kg sisa taman, 7.20kg fabrik, 5.30kg tali, 3.40kg kertas dan kadbod serta beberapa jenis sisa lain termasuk polisterina, getah, tin dan kaca.

Nampak macam angka biasa? Sebenarnya data sebegini penting untuk memahami corak pencemaran di kawasan pantai.

Daripada sekadar “bersihkan sampah”, OSK Group mahu tahu sampah apa yang paling banyak, bagaimana ia terkumpul dan apa tindakan jangka panjang yang boleh dibuat.

Pantai Bersih, Pelancongan Pun Lebih Lestari

COMB-AT

Inisiatif ini dianjurkan OSK Group dengan sokongan OSK Capital dan Swiss-Grand Beach Resort Kuantan, serta kerjasama MOTAC, Tourism Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). SWCorp pula bertindak sebagai rakan teknikal.

Bagi MURAI, usaha sebegini memang patut diberi perhatian kerana pantai bukan sekadar tempat OOTD atau healing. Ia juga aset penting kepada industri pelancongan dan komuniti setempat.

Apatah lagi Pantai Balok terletak berhampiran Swiss-Grand Beach Resort Kuantan. Jadi, menjaga kawasan sekeliling bukan sahaja soal alam sekitar, tetapi juga menjaga pengalaman pelancong yang datang.

Kalau usaha ini diteruskan secara konsisten sepanjang setahun, mungkin COMB-AT boleh jadi contoh bagaimana “small action” boleh membawa perubahan yang lebih besar kepada kelestarian pantai Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
OSK Group
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - Vietjet
LifeXplore

Vietjet Buka Laluan Ke Australia, Perluas Pilihan Perjalanan Di Rantau Asia-Pasifik

by Nurul A.
August 13, 2026

Vietjet terus memperluas operasi penerbangannya ke Australia dengan memperkenalkan perkhidmatan terus baharu antara Ho Chi Minh City dan Sydney melalui...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Buka Semula Laluan Ahmedabad & Amritsar

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Kalau India sudah lama masuk dalam travel bucket list anda tetapi asyik tertangguh sebab fikir bajet, mungkin ini masa untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Siti Nurhaliza Pun Terjebak Dengan Galaxy Z Fold8, Apa Yang Buatkan Biduanita Negara Ini Tertarik?

by Phic ARMAN
August 16, 2026

Kalau sebut nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kita memang lebih biasa melihat beliau di atas pentas, dalam studio rakaman atau...

Read moreDetails
squishy dumpling
LifeXplore

[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya

by Nurul A.
September 8, 2026

Mainan squishy yang comel dan lembut, terutamanya jenis dumpling (ladu) memang tengah trend di kalangan kanak-kanak. Berbentuk sama seperti ladu...

Read moreDetails
LifeXplore

Avani Kota Kinabalu Bakal Dibuka 2027, Bawa Vibe Lifestyle Baharu Ke Sabah

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Kalau anda rasa Kota Kinabalu sudah cukup meriah dengan pilihan hotel dan tempat makan, nampaknya bakal ada satu lagi nama...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Percutian Lain Dari Biasa? Hong Kong Cyclothon 2026 Tunggu Anda!

by Phic ARMAN
August 9, 2026

Kalau selama ini Hong Kong dalam kepala kita ialah shopping, dim sum dan Disneyland, mungkin sudah tiba masa untuk tengok...

Read moreDetails
LifeXplore

Kulit Makin Sensitif Bila Makin Berusia? Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Retinal

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kulit yang sihat bukan sekadar nampak glowing. Ia juga perlu mempunyai benteng pertahanan yang baik supaya kekal lembap, kurang sensitif...

Read moreDetails
LifeXplore

Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

by Phic ARMAN
September 5, 2026

Siapa sangka, Bella Astillah yang biasanya kita lihat di atas pentas kali ini ‘bertugas’ pula di belakang kaunter bubble tea?...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara