Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih penting, bagaimana memastikan perubahan itu boleh bertahan selepas mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa?

Persoalan inilah yang menjadi antara fokus Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, menerusi Selangor Youth Community (SAY).

Tengku Amir Shah

Dengan kerjasama The King’s Trust International (KTI), SAY terus memperkukuh Team Programme Malaysia, sebuah inisiatif sembilan minggu yang memberi tumpuan kepada pembangunan diri, kemahiran kebolehpasaran dan keyakinan golongan belia berisiko.

Tengku Amir Shah Dan Peluang Kedua Untuk Belia

Pendekatan yang diketengahkan bukan sekadar mahu melihat peserta menamatkan program.

Sebaliknya, perjalanan mereka dilihat secara lebih menyeluruh, daripada proses pemulihan, pembangunan diri, sehinggalah persediaan untuk kembali kepada keluarga, komuniti dan dunia pekerjaan.

Perkara itu turut dapat dilihat menerusi Team Award Day 2026 di Sunway Resort Hotel yang menyaksikan Tengku Amir Shah, selaku Penaung Diraja SAY, berangkat meraikan alumni serta rakan strategik yang menyokong perjalanan golongan muda ini.

Antara kisah yang mencuri perhatian ialah Bukhari Zulkefli, alumni Cohort 17 dari Rumah Sahabat Hulu Langat.

Tengku Amir Shah

Bukhari menerima 2025 King’s Trust International Regional Sustainability Award Winner for Asia hasil komitmennya dalam aktiviti sukarelawan dan kelestarian alam sekitar.

Daripada penanaman pokok hingga aktiviti penghijauan di pusat pemulihan, kisahnya menunjukkan bahawa seseorang yang pernah melalui cabaran besar juga boleh kembali memberi manfaat kepada masyarakat.

Sokongan Tak Berhenti Selepas Program

Tengku Amir Shah

Mungkin ini bahagian yang paling penting.

Bagi SAY, tamat sembilan minggu bukan bermaksud tamat segala-galanya.

Dengan sokongan Perbadanan Wakaf Selangor, SAY turut menyediakan kemudahan after-care dan pusat transisi bagi membantu alumni tertentu menyesuaikan diri selepas keluar daripada institusi pemulihan.

Realitinya, kembali kepada kehidupan normal bukan semudah menekan butang “restart”. Ada yang perlu mencari pekerjaan, membina rutin, memperbaiki hubungan keluarga dan mendapatkan semula keyakinan diri.

Selain Bukhari, Mazlina Maulat dari PUSPEN Dengkil menerima Perseverance Award, manakala Rumah Sahabat Hulu Langat menerima Enterprise Award selepas menggerakkan perniagaan burger serta menghasilkan dan mengagihkan 5,000 burger sempena bulan kemerdekaan.

Membina Belia, Bukan Sekadar Menyelamatkan Mereka

Melalui Team Programme Malaysia, peserta turut didedahkan kepada komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pengurusan emosi, penetapan matlamat dan kemahiran kebolehpasaran.

Pendekatan ini memperlihatkan satu perkara yang agak simple tetapi selalu kita lupa, membantu belia bukan hanya tentang menyelesaikan masalah mereka hari ini.

Ia juga tentang memberikan mereka kemahiran dan sokongan untuk menentukan hala tuju sendiri pada hari esok.

Dalam konteks itu, kisah Bukhari bukan sekadar cerita seorang penerima anugerah. Ia menjadi contoh bagaimana peluang, bimbingan dan sokongan berterusan boleh membuka laluan baharu untuk seseorang yang mahu bangkit semula.

Dan mungkin, itulah maksud sebenar peluang kedua.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bukhari Zulkefli
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Foto - @klinternationalairport (IG)
LifeXplore

5 Sebab Kenapa Kamu, Si Traveller Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang

by Nurul A.
October 6, 2026

Selalu tiba di lapangan terbang ngam-ngam sebelum penerbangan? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu...

Read moreDetails
LifeXplore

Anantara Desaru Coast Ada Tarikan Baharu, Litar Karting RM10 Juta Bakal Dibuka!

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada...

Read moreDetails
LifeXplore

Kurang Yakin Dengan Galaxy Z Fold8 Yang Baharu? Ini Komen 5 ‘Tech Reviewer’ Pelbagai Negara

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila Samsung lancarkan telefon baharu, spesifikasi atas kertas memang nampak menarik. Tetapi persoalan yang lebih penting ialah, apa kata mereka...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
Bayi perempuan
IbuBapa

Teringin Nak Timang Bayi Perempuan? Pakar Perubatan Am Kongsi Tip

by Nurul A.
November 15, 2026

Mungkin ada pasangan suami isteri, mereka tak kisah nak dapat bayi perempuan atau lelaki dan menerima rezeki tersebut dengan hati...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
LifeXplore

Daripada Awana Kijal Ke Resorts World Kijal, 30 Tahun Bukan Sekadar Nama

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Kalau anda pernah dengar nama Awana Kijal, mungkin terus terbayang sebuah resort tepi pantai yang pernah menjadi pilihan keluarga untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

FamilyMart Makin Meriah! 10 Tahun Di Malaysia, Kini Tampil Dengan Pengalaman Baharu

by Phic ARMAN
November 7, 2026

Kalau anda antara pelanggan yang selalu singgah FamilyMart untuk membeli makanan, kopi atau sekadar mencari snek kegemaran, sambutan ulang tahun...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara