Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Comel… Sultan Pahang Main ‘Pickleball’ Bersama Cucu, Rakyat Terhibur

by Farah Fatihah
December 2, 2025
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video yang kini tular di TikTok @editzzby_ah  memaparkan sisi manis keluarga diraja apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dilihat bermain pickleball di Gelanggang The Palm Pickleball and Padel Club, Kuantan, Pahang pada hari Rabu bersama cucunda baginda.

Pickleball, yang mula diperkenalkan di Bainbridge Island, Washington pada 1965, ialah sukan raket yang menggabungkan elemen badminton, tenis dan ping pong. Ia dimainkan di gelanggang lebih kecil menggunakan raket kecil dan bola plastik berlubang, boleh dimainkan secara berseorangan atau berpasangan.

Sukan ini semakin popular kerana mudah dipelajari, menyeronokkan, sesuai untuk semua peringkat umur, dan boleh dimainkan bersama keluarga atau rakan, sambil membantu meningkatkan koordinasi, ketangkasan dan interaksi sosial.

Momen Manis Sultan Pahang Bersama Cucunda

@editzzby_ah

Tuanku & cucu²🥰, power lah Tuanku & Tengku Adam main 🤩 #daulattuanku #pahangroyalfamily #sultanpahang #royal #pahang cr; KesultananPahang, welcometofine, The Palm Kuantan &all credittoallowner

♬ Hall of Fame (feat. will.i.am) – The Script

Dalam rakaman tersebut, kelihatan Tuanku begitu sporting ketika melayan cucu baginda yang merupakan anak kepada  di gelanggang kecil lengkap dengan raket mini.

Gelak tawa cucunda yang bersahaja, disertai dengan senyuman manis Tuanku setiap kali memukul bola, membuatkan suasana nampak hangat dan penuh kasih sayang.

Aksi spontan ini jelas menunjukkan hubungan akrab antara datuk dan cucu, yang jarang dilihat dalam kehidupan rasmi keluarga diraja.

Walaupun video ini belum mendapat tontonan yang banyak, beberapa netizen yang sempat menonton tidak melepaskan peluang meninggalkan komen penuh hormat.

Rata-rata memberi komen “Daulat Tuanku”, menzahirkan rasa kagum dan kasih terhadap Tuanku.

Momen singkat ini walaupun sederhana tetap berjaya menunjukkan sisi lain Sultan Pahang bukan sahaja sebagai seorang pemimpin, tetapi juga sebagai datuk yang penyayang dan rapat dengan keluarga.

Situasi spontan seperti itu membuat ramai berasa terhibur. Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik imej rasmi dan protokol istana, wujud sisi Tuanku yang lembut, mesra dan penuh kasih sayang.

Bagi yang menyaksikannya, detik tersebut bukan sekadar hiburan. Ia memberi peluang untuk melihat keakraban antara Tuanku dan cucunda baginda, sesuatu yang jarang dilihat oleh orang ramai.

Pada masa yang sama, momen ini turut memberi inspirasi tentang pentingnya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Walau sesibuk mana pun kehidupan seharian, detik-detik seperti ini menunjukkan bahawa kasih sayang dan perhatian terhadap ahli keluarga tetap perlu dijaga, sekali gus memberi mesej positif tentang nilai kekeluargaan dalam kehidupan moden.

[VIDEO] Gelagat Sultan Pahang & Tengku Hassanal bersilat, Raih Perhatian Ramai!
Cucu sultan pahangGelagat Sultan PahangPickleballsultan pahang
https://lomp.at/57iiu
Share30Tweet19SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Jiwa MADANI Sentuh Komuniti, ATM Laksana 17 Projek Dengan Peruntukan RM850,000 MINDEF

by Ayu Kamaruddin
January 28, 2026

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan 17 Projek Jiwa MADANI di Melaka sepanjang tahun ini, sekali gus membuktikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Coklat Ole-Ole Cameron Highlands Didakwa Mengelirukan Pembeli

by Naja Nix
January 26, 2026

Harapan nak bawa pulang ole-ole manis dari Cameron Highlands bertukar menjadi kekecewaan apabila seorang pengguna Thread mendakwa coklat yang dibelinya...

Read moreDetails
Insentif

Selangor Terus Prihatin, Insentif Rawatan Tibi RM800 Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan Selangor terus komitmen dalam membanteras penularan penyakit berjangkit apabila insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) sebanyak RM800 sekali lagi diteruskan bagi...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Gangguan LRT Cetus Resah, Penumpang Luah Rasa Kecewa

by Naja Nix
February 10, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila beberapa pengguna berkongsi pengalaman kurang menyenangkan berdepan gangguan perkhidmatan LRT....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore