Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Conteng Kotak Piza & Kualiti Doh Jofliam Jadi Rungutan Pembeli- “Macam Makan Roti Naan Mamak”

by Nurul A.
December 1, 2025
Foto - @jofliam (IG)

Foto - @jofliam (IG)

32
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak habis-habis dengan kontroversi. Kali ini pempengaruh Jofliam atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, menjadi perhatian ramai apabila menjual piza dengan menggunakan bungkusan kotak piza yang mengandungi hasil seni anak-anaknya iaitu Han dan Yuki.

Di platform Threads, seorang pembeli meluahkan rasa kecewanya apabila piza yang dibelinya daripada Jofliam itu hanya indah khabar dari rupa sahaja. Menurut pembeli tersebut, kualiti piza yang dibelinya itu tidak menepati standard seperti yang digembar-gemburkan oleh Jofliam.

Foto – Threads / Instagram

“Saya lah pelanggan malang yang dapat kotak lukisan art berat tu. Beli sebab fomo je nak rasa doh dia. Tapi hmm, macam makan roti naan dekat mamak.

Rasa dan tekstur teruk macam makan roti naan lembik. Tapi saiz besar dan daging banyak, 8/100. Pasta creamy tawar rasa bersusu gitu je, 30/100. Coklat ais kaya dengan rasa, 60/100.”

Difahamkan, lukisan kotak piza tersebut dilukis secara spontan oleh Han. Manakala Yuki pula melukis di atas kota piza yang bernilai RM10.

Foto – @jofliam (IG)

Threads pembeli tersebut yang kini sudah dipadamkan, telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial. Di hantaran Threads yang baru, ramai yang mengecam tindakan Jofliam menjual piza menggunakan kotak yang dilukis dengan pen penanda.

“Sebab tu kita bila nak beli makanan kena pastikan beli dengan manusia yang berakal, beragama dan tahu amalan kebersihan asas. Samtot terdekas nak tarik pembeli bodoh beli piza kotor dia sampai guna Han Yuki.

Kau paksa anak lukis-lukis atas kotak yang sepatutnya bersih tu pakai pen penanda? Tangan anak tu bersih ke? Conteng-conteng kotak makanan tu kat tempat bersih ke? Apa jaminan dalam kotak tak tercemar? Inilah masalah bila penyangak meniaga secara haram, tak patuh piawaian kebersihan standard. Jijik pengotor!”

Foto – @jofliam (IG)

Pengguna platform Threads yang lain turut bersetuju dengan kenyataan pemilik akaun Threads itu apabila mereka mempersoalkan kebersihan piza yang disediakan oleh Jofliam.

“Weh dia bagi betul-betul. Aku dapat gini, memang aku mintak tukar. Biarlah kotak tu akan ke tong sampah jugak.”

“Cemana boleh benarkan ni. Tukar jelah kotak, takleh fikir lah. Dia ingat “comel” ke bagi anak conteng macam tu.”

“Biar betul Samtot ni. Kenapa la buat sesuatu benda tu tak fikir dulu. Ni soal kebersihan tau tak! Aku tengok kotak pun tak lalu dah nak makan.”

Apa pendapat kamu?

Kekusutan Rumah Tangga Jofliam, Dewi Dan Cik Epal Makin Terbuka di Media Sosial, Netizen Mohon Hentikan!
Jofliampizza jofliamsyuhaimi jofli
https://lomp.at/46i1o
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore