Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

COVID-19: 6 Kategori Makanan Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imunisasi

by Aphit J.
April 4, 2020
Dinner cooking ingredints. Raw uncooked salmon fish with vegetables, rice, herbs and spices over rustic wooden background, top view, copy space. Chopping board in center

Dinner cooking ingredints. Raw uncooked salmon fish with vegetables, rice, herbs and spices over rustic wooden background, top view, copy space. Chopping board in center

Share on Facebook

Dalam keadaan COVID-19 yang semakin membimbangkan, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan diri anda sentiasa sihat bukan? Adakah dengan menelan pil yang dibeli di farmasi dapat melindungi daripada sakit?

Menurut halaman CNN Health, salah satu cara terbaik untuk kekal sihat ialah dengan memakan makanan berkhasiat. Ini kerana sistem imunisasi kita bergantung pada bekalan nutrien yang cukup untuk melakukan tugas harian.

Lobak, Kale Dan Aprikot Untuk Beta Keratin

via Baby Foodie

Beta Keratin akan ditukar kepada vitamin A yang penting untuk sistem imunisasi yang kuat. Ia berfungsi dengan membantu antibodi bertindak balas terhadap toksin dan bahan asing. Sumber Beta Keratin termasuklah ubi keledek, lobak, mangga, aprikot, bayam, kale, brokoli, labu dan melon.

Limau, Strawberi Dan Brokoli Untuk Vitamin C

via Betty Crocker

Vitamin C mampu meningkatkan tahap antibodi dalam darah dan membantu membezakan limfosit (sel darah putih), yang membantu badan menentukan jenis perlindungan yang diperlukan dalam badan.

Menurut CNN Health, sesetengah kajian telah mencadangkan bahawa tahap vitamin C yang lebih tinggi (sekurang-kurangnya 200 miligram) mungkin dapat mengurangkan gejala demam. Anda boleh mengambil 200 miligram vitamin C dari kombinasi makanan seperti limau, kiwi, strawberi, taugeh Brussels, lada benggala merah dan hijau, brokoli dan kubis yang dimasak.

Telur, Keju, Tauhu Dan Cendawan Untuk Vitamin D

via BBC

Vitamin D membantu menghasilkan protin yang dapat membantu membunuh ejen berjangkit, termasuk bakteria dan virus. Penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin D tambahan boleh membantu untuk melindungi daripada jangkitan saluran pernafasan.

Sumber makanan vitamin D yang baik termasuk lemak ikan seperti salmon dan sardin, telur serta produk berasakan susu seperti keju, tauhu dan cendawan.

Kacang, Bijirin Dan Makanan Laut Menghasilkan Zink

via Healthline

Halaman CNN Health ada menyatakan bahawa dengan pengambilan zink, ia dapat membantu dalam memendekkan tempoh gejala demam. Antara makanan yang dicadangkan adalah kekacang, lentil, bijiran, germa gandum, tiram, ketam, udang galah dan yugort.

Langkah Ceria Raya: 'Muadzam Lebarun 2025' Warnai Dataran Muadzam Shah dengan Semangat Syawal

Pisang Dan Kacang Untuk Prebiotik Dan Probiotik

via 30Seconds

Probiotik dan prebiotik membantu meningkatkan kesihatan microbiome, yang seterusnya membantu menyokong sistem imunisasi kita.

Sumber yang bagus untuk probiotik termasuklah sumber tenusu dan makanan yang ditapai seperti kimchi dan tempe. Manakala prebiotik termasuk gandum, pisang, bawang putih, asparagus dan kekacang.

Air, Buah Dan Sup Membantu Penghidratan

via Dobroty

Akhir sekali pastikan anda sentiasa terhidrasi! CNN Health menyatakan bahawa seorang wanita sepatutnya memiliki 2.7 liter cecair dan lelaki sebanyak 3.7 liter cecair dalam badan dalam sehari. Ini termasuklah pengambilan makanan seperti sup, buah-buahan yang mengandungi air yang banyak seperti tembikai dan sayur sayuran.

Perlu diingatkan tidak ada makanan khusus atau pil yang dijamin dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang dapat melindungi anda daripada COVID-19.

Pastikan sistem imunisasi anda berfungsi secara optimum sekaligus dapat membantu menjaga kesihatan termasuklah mencuci tangan yang betul, menjaga pemakanan yang baik, aktif secara fizikal, menguruskan tekanan dan tidur yang mencukupi.

cara cegah COVID-19imunisasiimunisasi COVID-19kesihatanmakanan imunisasimeningkatkan imunisasi
https://lomp.at/5g580
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore