Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Seluruh Badan Diraba, Sarimah Ibrahim Akui Pernah Berkali-Kali Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

by Puteri Alia
September 20, 2023
Share on Facebook

Gangguan seksual adalah salah satu perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang terhadap seseorang yang lain. Kebiasaannya perlakuan ini dilakukan oleh individu yang lebih berkuasa dan mengalami ketidaksejahteraan psikologi.

Gangguan seksual memberi kesan negatif kepada mangsa yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma, fobia, ketakutan dan menjejaskan rutin harian. Ini secara tidak langsung menjejaskan produktiviti dan keberhasilan kerja seseorang individu.

Berbahas soal ini, selebriti Sarimah Ibrahim mendedahkan pernah berkali-kali menjadi mangsa gangguan seksual semasa aktif sebagai pengacara suatu ketika dahulu.

Tanpa mendedahkan terlalu terperinci Sarimah,  berkata, pelaku memegang bahagian dada selain meraba tubuh badannya ketika ingin membaiki mikrofon sebelum rancangan tersebut bermula.

Lebih teruk, individu tersebut merupakan salah seorang kru rancangan dan berstatus suami orang ketika insiden berlaku.

“Saya pernah terkena gangguan seksual semasa berkerja di sebuah set rancangan terkenal.

“Individu tersebut datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, namun sebaliknya memegang dada saya.

“Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan kata kami sangat sepadan jika bersama padahal dia ketika itu adalah suami orang,” katanya.

Tidak terhenti disitu, individu tersebut juga turut mengajak pelantun lagu Kini Kau Tiada itu bercuti bersama dan mengugut ingin menamatkan kontraknya jika pelawaannya tidak diterima.

“Selepas itu dia kata saya tak boleh dapat sambung musim yang seterusnya sekiranya saya tidak pergi bercuti bersamanya.

“Saya menolak dan saya kata tidak mengapa, saya akan bayar percutian saya sendiri, saya bukan tiada duit,” tuturnya tegas.

Sementara itu, berkongsi lanjut tentang pengalaman gangguan seksual, aktres kacukan Melayu-Ireland itu juga sempat mendedahkan dirinya juga pernah diminta untuk makan malam dan memakai pakaian seksi di hadapan seorang pengarah.

“Pengarah suruh saya masuk bilik untuk pakai baju seksi yang telah disediakan untuk saya pamerkan depan dia dalam bilik itu.

“Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah tersebut secara seorang diri, macam pelik saja.

“Saya menolak dan seperti dijangka, saya tak dapat tawaran seterusnya tapi tidak mengapa ada rezeki lain selepas itu,” katanya dalam sebuah acara.

Sejak akhir-akhir ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pendedahan berani mati seorang wanita kelahiran Indonesia mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual individu ternama tanah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa

[VIDEO] Pertemuan Datin Seri Camelia & Che Puan Sarimah Undang Perhatian: “Apa Ni, Tak Berubah Ya…”
sarimah ibrahim
https://lomp.at/cay7y
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore