• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Dah Move On! 8 Artis Bollywood Ini Pernah Lalui Pahitnya Perceraian

by Zaidin Albert
March 12, 2019
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam dunia hiburan, tak semestinya kisah cinta selebriti itu sentiasa bahagia, namun ada juga ada yang berakhir dengan perpisahan. Malah lebih pahit lagi, jika rumah tangga yang dibina belasan tahun tersebut terkandas gara-gara orang ketiga.

Tak ada seorang pun yang mengharapkan pernikahannya gagal di tengah jalan, namun soal takdir hanya Tuhan yang tahu. Berikut 8 artis Bollywood yang harus menerima kenyataan pahit pernikahannya berakhir dengan perceraian:

Mallika Sherawat

Pernikahan Mallika Sherawat menjadi salah satu pernikahan tersingkat selebriti Bollywood. Artis seksi yang pernah berlakon dengan Jackie Chan dalam filem Myth ini bernikah dengan juruterbang bernama Karan Singh Gill pada tahun 2000 dan bercerai setahun kemudian.

Sanjay Dutt

Sanjay Dutt menjadi salah satu aktor yang paling menderita akibat perpisahan. Pernikahan pertamanya dengan Richa Sharma pada tahun 1987 berakhir tragis. Richa meninggal dunia karena penyakit tumor otak pada tahun 1996.

Lalu pada tanggal 14 Februari 1999 Sanjay kembali bernikah dengan Rhea Pillai, sedihnya pernikahan ini terkandas pada tahun 2005 kerana kecurangan Rhea dengan pemain tenis, Leander Paes.

Walaubagaimanapun, kini Sanjay sudah bahagia dengan Manyata, wanita yang dinikahinya sejak tahun 2008 lalu. Sepuluh tahun bersama, mereka tetap harmoni hingga sekarang.

Hrithik Roshan

Punya wajah yang tampan, karier cemerlang dan kaya raya ternyata tak membuat aktor top Hrithik Roshan lari dari perceraian. Pernikahannya dengan Sussanne Khan terpaksa berakhir pada tahun 2013 lalu selepas bernikah selama 13 tahun dan dikurniakan dua orang anak lelaki. Demi buah hatinya hingga sekarang mereka masih memiliki hubungan yang baik.

Manisha Koirala

Kisah rumah tangga Manisha Koirala cukup menyedihkan, aktris filem Mann ini akhirnya bernikah pada usia 40 tahun dengan usahawan Samrat Dahal tahun 2010, namun malangnya hanya bertahan dua tahun saja. Manisha harus kembali menjalani hidupnya sendiri lagi.

Ketika Govinda 'Sidai' Sanjay Dutt Selama 9 Jam Di Set- "Saya Sangat Marah & Hilang Sabar"

Aamir Khan

Sebelum bernikah dengan Kiran Rao pada tahun 2005, Aamir Khan pernah merasakan pahitnya perceraian dari pernikahan pertamanya dengan Reena Dutta tahun 2002 setelah 15 tahun bersama. Demi dua buah hati mereka, Aamir dan Reena tetap berteman baik.

Saif Ali Khan

Saif Ali Khan menikah dengan Amrita Singh pada tahun 1991, mereka dikurniakan dua orang anak, namun malangnya harus berakhir setelah 13 tahun. Pernikahan mereka sempat tidak disetujui keluarga Saif, salah satu alasannya kerana usia Amrita yang jurang usia dengan Saif iaitu 12 tahun.

Meskipun pernah merasakan kegagalan dalam berumah tangga, sekarang Saif Ali Khan sudah bahagia membina pernikahan yang kedua dengan artis cantik Kareena Kapoor sejak tahun 2012 lalu, bahkan sudah memiliki buah hati yang begitu comel iaitu Taimur Ali Khan.

Karisma Kapoor

Artis cantik Karisma Kapoor juga harus merasakan sakitnya pengkhianatan yang dilakukan oleh Sanjay Kapoor, lelaki yang menikahinya pada 23 September 2003. Mereka rasmi bercerai setelah bernikah selama 13 tahun dan memiliki sepasang buah hati.

Sempat terjadi perebutan hak penjagaan anak, namun akhirnya Karisma yang berhak menjaga kedua-dua buah hati mereka tersebut.

Arjun Rampal

Perceraian aktor tampan Arjun Rampal masih baru dan mengejutkan ramai orang. Arjun mengumumkan perceraiannya secara rasmi pada Mei 2018 lalu setelah bernikah selama 20 tahun dengan Mehr Jesia dan mempunya dua orang anak yang sudah remaja, Mahikaa dan Myra.

Perceraian memang jadi salah satu episod kehidupan yang tidak terduga dan menyakitkan. Sebagian artis sudah move on dengan bernikah lagi namun ada yang masih bahagia menikmati status single. Apa pun pilihannya, yang penting terus melangkah dan melanjutkan hidup dengan bahagia!

Sanjay Dutt Beri 'Amaran' Kepada Aishwarya Rai- "Sisi Cantik Awak Akan Pudar Jika..."
Aamir KhanbollywoodHrithik RoshanKarisma KapoorMallika Sherawatmanisha koiralaperceraiansaif ali khanSanjay Dutt
https://lomp.at/kmgws
Share17Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @gaurikhan (IG)
Bollywood

Jika Bukan Hindu Atau Islam, Apa Agama Anak-Anak Shah Rukh Khan?- Ini Penjelasannya…

by Nurul A.
November 3, 2025

Semua sedia maklum bahawa agama Shah Rukh Khan bukan lagi rahsia. King of Bollywood itu beragama Islam, manakala isterinya, Gauri...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Bollywood

7 Artis Bollywood Ini Diajak ‘Buat Seks’ Dengan Produser, Demi Watak Besar Dalam Filem

by Zaidin Albert
February 11, 2020

Bukan mudah nak jadi popular sebaris dengan artis-artis terkenal Bollywood terutamanya untuk artis wanita. Setiap orang perlu melalui pengalaman-pengalaman sukar...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Bollywood

5 Skandal Seks Artis Bollywood Yang Menggemparkan Industri

by Zaidin Albert
October 12, 2018

Pada zaman era 2020 ini, internet telah menjadi sesuatu yang wajib untuk setiap manusia yang ada dalam dunia ini. Seperti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore