Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ada Dakwaan Da’i Syed Guna Ilmu Pengasih? Ini Jawapan Ketua Polis

by Zaidin Albert
December 3, 2020
Share on Facebook

Kes penahanan pendakwah selebriti menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia. Walaupun banyak pihak menyembunyikan identitinya, namun rata-rata sudah mengetahui iaitu Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Iqmal.

Terbaru, pihak polis menerima kira-kira lima lagi laporan dibuat mangsa jenayah seksual mengaitkan penyanyi dan pelakon ini.

Ada fakta terbaru yang terungkap terkait dengan kes penahanan Syed.  Dipetik dari BH ONline, kebanyakkan mangsa terpedaya kerana tertarik dengan perwatakkannya yang menjurus kepada keagamaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin memberitahu pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah itu meyakinkan mereka.

“Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.

“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenang dan meyakinkan mangsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.

“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” katanya kepada BH Online.

Ilmu Pengasih?

Dalam laporan yang sama di BH Online, Noor Azam ditanya sama ada pendakwah ini menggunakan ilmu pengasih untuk memperdayakan mangsa, ini jawapan beliau;

“Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga. Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar.

“Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terjerat dengan pendakwah terbabit,” katanya.

Beliau berkata, semua laporan dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan daripada pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka serta medium digunakan.

View this post on Instagram

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Syed kini masih ditahan reman untuk membantu siasatan. Kontroversi tentang bekas peserta Aksi Asia 2018 ini mulai tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik kisah rakannya yang didakwa dirogol oleh seorang lelaki bergelar pendakwah.

Walau bagaimanapun, Syed menafikan hal tersebut dan melantik peguam untuk mewakili dirinya.

Datuk Noor Azam Jamaludin
https://lomp.at/xzmi4
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara