Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Dapat Idea Di Tanah Suci, MyBaik Buka Restoran Pertama Di Selangor!

by Phic ARMAN
October 12, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, idea yang tercetus di Tanah Suci Mekah akhirnya membawa kepada lahirnya jenama fastfood Muslim tempatan pertama di Malaysia,MyBaik!

Pengasasnya, Dato’ Hifdzi Hamzah, yang dah lebih 20 tahun bergelumang dalam dunia guaman korporat, nekad menukar haluan hidup demi satu cita-cita besar. Nak cipta jenama makanan segera yang rakyat Malaysia boleh banggakan, sama seperti orang Arab bangga dengan Al-Baik.

Impian itu kini jadi nyata dengan pembukaan restoran pertama MyBaik di Bandar Seri Putra, Selangor, pada 10 Oktober lalu. Menariknya, MyBaik bukan sekadar ayam goreng biasa, ia gabungkan tiga kegemaran rakyat Malaysia, ayam goreng, burger dan pizza, semua dalam satu restoran.

Dato’ Hifdzi kongsi, nama MyBaik sendiri membawa maksud mendalam, rasa yang baik, layanan yang baik dan niat yang baik untuk membangunkan ekonomi anak tempatan.

Yang lagi unik, jenama ni 100% lokal dan 100% Muslim, siap ada model perkongsian patuh syariah untuk rakyat yang nak jadi rakan niaga tanpa perlu urus restoran sendiri.

Dalam masa tiga bulan pertama, cawangan MyBaik di Bandar Seri Putra dah jadi tumpuan penduduk sekitar Bangi, Kajang dan Nilai, ramai pelanggan puji ayamnya “unik tapi dekat di hati.” Susulan sambutan luar biasa itu, MyBaik kini bersiap sedia untuk membuka cawangan kedua di Presint 15, Putrajaya, menjelang hujung tahun ini, dengan sasaran 20 cawangan seluruh Malaysia menjelang 2026.

Macam kata Dato’ Hifdzi,

“Kalau orang luar boleh bangga dengan jenama mereka, kenapa tidak kita? MyBaik ialah langkah pertama untuk buktikan orang Malaysia pun boleh cipta sesuatu yang hebat,bermula dengan satu rasa yang baik.”

Untuk yang nak cuba sendiri rasa ayam goreng “baik” yang tengah jadi bualan ramai ni, boleh terus ke:

📍 Restoran MyBaik Bandar Seri Putra, No. 18-G & 18-2, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato’ Hifdzi HamzahMybaik
Share5Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara