Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Dapatkan Perut Kempis Dan Langsing, Tiru Cara Influncer… Tak Susah Pun!

by Lisa Ghani
December 8, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Tanyalah mana-mana wanita, siapa saja yang suka pada perut buncit dan gemuk. Punyalah macam-macam cara dilakukan bagi nak membuang lemak-lemak pada perut, masih juga tak berjaya.

Okay, Cik Murai nak tanya, kamu jaga makan tak? Ke makan semua benda langsung tak kawal. Dah nampak silap dekat mana?

Selain pemakanan, kamu kena tahu juga beberapa teknik lain bagi menghapuskan perut di lemak. Tak susah, yang penting kena disiplin. Setiap hari ikut rutin ini, nescaya perut idaman seperti supermodel boleh dapat. Siap dengan abs lagi, barulah seksi.

View this post on Instagram

A post shared by Merve özkan (@merv.ozkn)

Minumlah banyak air

Ya, paling asas tapi percayalah ramai yang tak suka minum air. Katanya rasa payau dan tidak mempunyai rasa membuatkan ramai jelak.

Tahukah kamu, mengambil jus untuk sarapan bukan kebiasaan yang sihat. Jus sarat dengan fruktosa cair, dan penggunaan harian ini boleh menyebabkan kenaikan lemak perut. Oleh itu, lebih sihat untuk memenuhi keperluan cecair dengan air dan bukannya jus.

Bersenam, bersenam, dan bersenam

Alasan tak bersenam sebab malas, penat bekerja dan tidak mempunyai masa. Tapi cuba luangkan sedikit dalam 10 ke 15 minit dengan senaman ringkas yang mudah, rasanya banyak video profesional boleh kamu tiru.

Senaman salah satu keadah terbaik untuk menurunkan berat badan. Nak tahu, melakukan senaman pada waktu pagi dapat menjadi sumber tenaga yang baik. Lebih-lebih lagi, menambahkan latihan ketahanan pada senaman pagi anda dapat membantu mengurangkan lemak perut.

Makan protein dan serat untuk sarapan

Kajian menunjukkan bahawa makan lebih banyak protein menyebabkan kekurangan lemak perut. Pastikan kamu memasukkan daging, ikan, telur, dan kacang ke dalam sarapan anda.

Selain itu, kajian lain menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan serat juga memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak perut. Brokoli, alpukat, dan lain-lain adalah sumber serat yang baik untuk dimasukkan ke dalam makanan.

Aktif bergerak

Lagi pula kalau kamu yang seharian duduk bekerja, langsung tak bergerak, memanglah berisiko untuk penyakit datang.

Mungkin sekarang kamu tidak nampak komplikasi jika tidak bersenam atau aktif, tapi perhatikan diri sendiri, tengok perubahan. Kajian dari University of Georgia menunjukkan bahawa hanya berjalan 20 minit dan melakukan senaman aerobik 3 kali seminggu secara berkala dapat meningkatkan tenaga sebanyak 20%.

Cuba seminggu dan jadikan rutin, lihat perubahan diri… mesti rasa gembira.

belly fatperut kempisperut lansing
https://lomp.at/nazw4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore