Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Dari Cebu Ke Bohol, Siquijor & Dumaguete, AirAsia Sediakan Laluan Terus Untuk Kaki Travel

Laluan terus dan tambang berpatutan antara Kuala Lumpur dan Cebu dengan dua penerbangan harian

by Phic ARMAN
September 8, 2025
Share on Facebook

Kalau sebut Filipina, ramai yang terus terbayang Manila. Tapi kalian tahu tak, sebenarnya ada satu lagi destinasi yang makin naik daun dan kini jadi perhatian AirAsia iaitu Cebu!

Baru-baru ni, AirAsia umumkan Cebu sebagai hab baharu mereka di Filipina. Maknanya, lepas ini lagi senang nak travel bukan saja ke Malaysia, tapi juga ke banyak destinasi best sekitar Asia.

Bagi yang belum familiar, Cebu ini memang terkenal sebagai pusat pelancongan dan bisnes yang tengah berkembang pesat. Dengan pembukaan hab baharu ni, AirAsia bukan saja nak kuatkan kedudukan mereka sebagai syarikat penerbangan tambang rendah paling laju berkembang di Filipina, tapi juga nak buka lebih banyak peluang untuk pelancong dari Malaysia explore kawasan Visayas dan Mindanao.

Bohol

Bayangkan, lepas ini lebih mudah nak terbang terus ke Bohol, Cagayan de Oro, Davao, malah sampai ke Macao pun ada!

Penerbangan Bermula November 2025, Banyak Laluan Menarik!

Nak tahu apa yang best? Mulai 15 November 2025, AirAsia Filipina (kod penerbangan Z2) akan mula beroperasi dari hab Cebu ni. Antara laluan yang ada:

  • Cebu ↔ Kuala Lumpur – 14x seminggu
  • Cebu ↔ Davao – 18x seminggu
  • Cebu ↔ Caticlan – 11x seminggu
  • Cebu ↔ Iloilo – 4x seminggu
  • Cebu ↔ Macao – 3x seminggu

Korang yang suka plan percutian last minute mesti happy, sebab frekuensi penerbangan tinggi macam ni memang mudahkan semua orang.

Harga Promosi

Sekarang ini, ada tambang promosi untuk penerbangan Cebu-Kuala Lumpur-Cebu bermula RM288 sehala termasuk semua* tau! Kalau dari Cebu ke destinasi lain, harga bermula sekitar PHP904 sehala untuk tempoh perjalanan antara 15 November 2025 hingga 28 Mac 2026. Tempahan pula boleh dibuat sekarang sampai 21 September 2025 melalui aplikasi MOVE.

ibis Perth: Lokasi Strategik, Hotel Bajet Paling Best Di Tengah Bandar Perth, Australia

Jadi kalau kalian dah lama simpan wishlist nak terokai pulau-pulau indah kat Filipina macam Siquijor, Dumaguete atau nak feel island hopping kat Bohol, inilah masa terbaik!

Siquijor
Dumaguete

Menurut Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, hab Cebu ni akan buka peluang ekonomi besar sambil mudahkan pengembara dari bahagian selatan Filipina dapat akses ke lebih 130 destinasi melalui mega hub AirAsia di Kuala Lumpur. Lagi menarik, hab ni akan terus berkembang dalam masa terdekat dengan lebih banyak laluan domestik dan antarabangsa.

Pendek kata, strategi pelbagai hab AirAsia di Filipina ni memang ‘game changer’, siap boleh maksimumkan jaringan mereka dengan Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

AirAsia memang pandai baca trend travel, sebab mereka tahu, kalian semua suka melancong sambil jimat.

airasiaBoholDumagueteSiquijor
https://lomp.at/kxfuf
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara