Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Hormati Tugas Kerja, Alyah ‘Serahkan’ Tok Ram Pada GV

Malah dia turut menyokong rakan seperjuangan yang bersama-sama bertanding dalam program itu

by Khai Azfar
November 29, 2021
264
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan usahawan Datin Alyah mengakui ruang masanya bersama suami yang merupakan juri tetap Gegar Vaganza (GV), Datuk Ramli MS menjadi agak terhad setiap kali tibanya program Gegar Vaganza (GV) pada setiap tahun.

Alyah Sudah Biasa 

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Alyah bagaimanapun menjelaskan, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan memandangkan program realiti itu sudah pun berjalan lapan musim. Malah dia turut menyokong rakan seperjuangan yang bersam-sama bertanding dalam program itu.

“Jujurnya tiap kali tiba ‘musim’ GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang dalam makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.

“Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.

“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” katanya.

Jalin Kerjasama Dengan Kamya Glow, Single Jadi Pilihan 

Sementara itu, Alyah ini juga terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia.  Susulan itu, sebuah single baru juga bakal diperdengarkan buat peminat pada awal tahun hadapan.

“Rasa bersyukur sangatlah… pada usia 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya. Terkejut juga saya. Saya tidaklah penyanyi viral sana -sini.

“Tapi bagi saya itu rahmat paling besar dariNya. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu tersebut cepat menangkap halwa telinga pendengar,” katanya lagi

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Alyah juga telah memerterai perjanjian bersama jenama kecantikan dan kesihatan, Kamya Glow.  Usaha itu dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang tersebut.

[VIDEO] Gelagat Tok Ram & Datin Alyah Sambut Birthday Anak, Curi Tumpuan Ramai!-"Untungnya Zara"
Datin Alyahtok ram
Share106Tweet66SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem