Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Datin Fadilah Mansor Tetap Terbuka Cari Pengganti, Tegas Tidak Mahu Suami Orang Jadi Pilihan

by Puteri Alia
October 3, 2025
Share on Facebook

Sudah enam tahun hidup bersendirian selepas kehilangan suami tercinta, pelakon Datin Fadilah Mansor tidak pernah menutup ruang hati untuk menerima pengganti. Walaupun bayangan arwah Allahyarham Datuk A Rahman masih kekal dalam ingatan, Fadilah atau lebih mesra disapa Kak Chik mengakui ada kalanya hati terdetik mahu berteman, namun tidak pernah sampai ke tahap mendesak untuk mencari.

Fadilah, 66, menegaskan sekiranya dipertemukan jodoh baharu, syarat utamanya cukup jelas – asalkan bukan suami orang. Pengalaman pernah hampir ke fasa serius bersama seorang kenalan lama membuatkan dirinya lebih berhati-hati.

“Sebelum ini saya pernah berkawan dengan teman lama. Dia mengaku duda, tetapi akhirnya saya dapat tahu dia masih berstatus suami orang. Lantas saya terus memutuskan hubungan. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Bukanlah saya tidak terbuka hati, cuma setakat ini belum ada yang mampu menandingi arwah suami yang saya anggap terlalu baik. Namun, siapa tahu jika suatu hari nanti Allah pertemukan dengan seseorang yang lebih baik,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam sempena program Jelajah Santai Artis Seni Kreatif, baru-baru ini.

Dua anak kandungnya juga tidak pernah menghalang, malah menyokong sekiranya ada calon sesuai untuk mengisi kekosongan hatinya. Baginya, harta atau kedudukan bukan keutamaan. Apa yang lebih penting, seseorang itu haruslah mampu bertolak ansur dan benar-benar memahami kerjayanya sebagai pelakon.

“Alhamdulillah saya masih ditawarkan berlakon hingga kini. Saya akan terus berada dalam bidang ini selagi diperlukan. Jadi, saya perlukan pasangan yang memahami kerjaya saya. Kalau ditakdirkan jodoh datang dari kalangan artis sekalipun, saya tidak menolak, asalkan dia bukan suami orang,” ujarnya penuh terbuka.

Walaupun tidak bersuami, Fadilah tidak pernah merasa sunyi. Masa terluang dipenuhi dengan aktiviti penggambaran, kerja persatuan dan pertemuan bersama rakan-rakan yang dianggap sebagai terapi. Malah, hubungannya dengan dua anak tiri, termasuk pengarah terkenal Khir Rahman, masih utuh.

“Anak-anak tiri saya masih mengambil berat, malah Khir sudah pun ‘booking’ saya untuk berlakon dalam dramanya nanti. Saya akan terus berlakon selagi ada yang memerlukan,” katanya dengan senyuman.

Fadilah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Datuk A Rahman pada 25 Disember 2014 sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan otak pada 13 Jun 2019. Sebelum itu, Fadilah pernah berkahwin dengan pengarah Allahyarham Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London namun bercerai pada 2012.

Fadilah Mansor
https://lomp.at/9hf8l
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Foto - @ritrud727 (IG)
Lokal

[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian

by Nurul A.
January 6, 2026

Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah momen yang cukup istimewa bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore