Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

David Beckham Terima Gelaran Kebesaran “Sir”, Namun Ketidakhadiran Anak Sulung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 5, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)

Foto - @victoriabeckham (IG)

Share on Facebook

David Beckham akhirnya secara rasmi bergelar “Sir” selepas menerima penghormatan daripada Raja Charles III di Istana Windsor. Bekas kapten bola sepak England itu menggelar detik itu sebagai “saat yang paling membanggakan” dalam hidupnya.

Menurut news.com.au, David menerima gelaran kesatria sebagai pengiktirafan atas jasanya kepada sukan dan amal. Majlis yang diadakan pada Selasa (4 November 2025) itu turut dihadiri isterinya, Victoria Beckham, yang kini bergelar sebagai Lady Victoria.

View this post on Instagram

Ibu bapa David iaitu Ted Beckham dan Sandra Beckham, serta tiga anaknya iaitu Romeo Beckham, Cruz Beckham dan Harper Beckham, kelihatan bangga menyaksikan detik bersejarah itu.

Malangnya anak sulungnya, Brooklyn Beckham yang tidak hadir pada acara itu telah mencuri perhatian. Menjengah ke akaun Instagram miliknya, Brooklyn nampaknya masih belum mengucapkan tahniah secara terbuka kepada bapanya.

View this post on Instagram

Walaupun ketidakhadiran Brooklyn telah menjadi tumpuan ramai, David tetap fokus untuk menikmati hari bersejarahnya dengan ahli keluarga lain.

View this post on Instagram

“Apa yang saya mahukan ialah menjadikan keluarga saya bangga. Isteri saya yang cantik yang telah berada di sisi saya selama 28 tahun yang lalu, yang telah menjadi penyokong terbesar saya dan tempat saya menangis ketika susah….tanpanya, saya tidak akan dapat menjalani kehidupan seperti yang saya lalui. Kepada anak-anak saya yang saya sangat banggakan dan saya tahu ini adalah hari yang membanggakan dan memberi inspirasi kepada mereka juga, mereka adalah kegembiraan terbesar dalam hidup dan inspirasi saya setiap hari.”

View this post on Instagram

Selepas majlis itu berakhir, David mendedahkan bahawa sutnya direka sendiri oleh isterinya, Victoria Beckham. Sutnya itu diilhamkan oleh gaya muda Raja Charles III. Bukan itu sahaja, dia juga bergurau tentang gelaran barunya oleh anak-anak.

“Saya tidak akan memaksa, tetapi jika mereka mahu memanggil saya Tuan Ayah atau Tuan Anak, saya tidak kisah.”

Bagaimanapun, MURAI harap sengketa di antara Brooklyn Beckham dengan kedua-dua ibu bapanya, David Beckham dan Victoria Beckham dapat diselesaikan dengan segera.

Putera Andrew Terlibat Skandal S*ks, Apa Nasib Dua Puterinya Selepas Ini?
brooklyn beckhamcruz beckhamdavid beckhamharper beckhamraja charles iiiromeo beckhamVictoria Beckham
https://lomp.at/6vkd2
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara