Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Dayana Armeda Tuntut Hak Pencipta Lagu ‘Sumpah’ Naim Daniel

by Khai Azfar
February 20, 2020
70
KONGSIAN
Share on Facebook

“Sumpah” yang mula menjadi! Mungkin itulah yang boleh digambarkan buat Juara Lagu 34 dendangan Naim Daniel. Beberapa minggu selepas lagu tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu, muncul pula kontroversi baru apabila bekas kekasihnya menuntut hak cipta bersama.

Tuntut Hak Bersama 

Gambar Astro Gempak

Menerusi sidang media yang diadakan malam tadi, bekas kekasih Naim yang juga penyanyi, Dayana Amerda ingin membuat tuntutan hak cipta bersama lagu Sumpah. Jelas Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah, 21, ianya bukanlah soal wang ringgit sebaliknya kerana hak semata-semata.

“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya.

“Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya, secara tak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Royalti tu nombor dua,” katanya.

Beri Tempoh Seminggu 

Dalam pada itu, Dayana memberi tempoh selama seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka dengan menyatakan lagu Sumpah merupakan karya ciptaan bersamanya. Jelas Dayana, dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagu itu juga merupakan ciptaannya.

“Tempoh yang saya bagi selama seminggu untuk dia tampil membuat pengakuan”

“Tak kisahlah dalam bentuk video atau sidang media ke..cuma pihak kami berlapang dada jika dia mahu berjumpa bagi berbincang hal ini secara terperinci,”

Terdahulu, pada Julai tahun lalu isu lagu Sumpah mula menjadi bualan ramai sehingga kedua-dua pihak tampil memberikan kenyataan.

Dikhabarkan lagu ini dicipta bersama sekitar tahun 2015 ketika kedua-dua penyanyi ini sedang menjalinkan hubungan cinta. Sebagai info, Dayana merupakan juara Idola Kecil bagi musim kedua.

Naim Daniel Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual, Netizen Pelik Belum Keluarkan Kenyataan Rasmi
Dayana Amerdanaim danielNaim Daniel Dayana Amerda
https://lomp.at/2fnus
Share65Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Insentif

SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

by Ayu Kamaruddin
February 9, 2026

Bermula hari ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua rasmi disalurkan kepada rakyat Malaysia, melibatkan peruntukan besar berjumlah RM2.2 bilion....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Terima Kasih Kanser…”- Iktibar Dari Pemergian Vidi Aldiano, Catatan Terakhir Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
March 9, 2026

Pemergian penyanyi popular Indonesia, Vidi Aldiano pada Sabtu lalu benar-benar mengundang rasa hiba dalam kalangan peminat. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia...

Read moreDetails
LifeXplore

Iftar Atas Air: Rasai Pengalaman Berbuka Puasa Unik Dalam Crystal Dome, Tasik Titiwangsa!

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Menjelang waktu berbuka, suasana di sekitar Tasik Titiwangsa biasanya terasa lebih tenang dan tidak terlalu sibuk. Pemandangan tasik yang terbuka,...

Read moreDetails
Insentif

Akaun Simpanan-i Nuri Kids Untuk Bawah 12 Tahun, Maskot Nuri Ceriakan Hari Pertama Sekolah

by Ayu Kamaruddin
January 20, 2026

Usaha memupuk budaya menabung kini bermula seawal usia sekolah rendah apabila Bank Rakyat memperkenalkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids khusus untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Pagi itu, suasana di Balai Istiadat Istana Selangor terasa sunyi dan penuh debaran. Seorang lelaki berusia 39 tahun, Dr. Malik...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara