Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Devialet Melancarkan Devialet Mania, Pembesar Suara Hi-Fi Pintar Mudah Alih Yang Pertama

by Aphit J.
November 12, 2022
Share on Facebook

Buat pertama kalinya, pasukan kejuruteraan Devialet menghasilkan pembesar suara pintar mudah alih yang bersandarkan teknologi termaju untuk kenikmatan stereo 360 darjah.

Pembesar Suara Pintar

via Devialet

Devialet hari ini mengumumkan ketibaan produk terbaharu mereka, Devialet Mania, pembesar suara pintar mudah alih yang julung-julung kalinya dikeluarkan oleh jenama tersebut.

Produk terbaharu ini menjanjikan kualiti bunyi stereo yang mempesonakan dengan kombinasi reka bentuk mewah.

Dua Teknologi Proprietari

Devialet Mania menampilkan dua teknologi proprietari yang mampu menyampaikan audio 360 darjah untuk menghasilkan pengalaman bunyi yang padat dalam reka bentuk mudah alih.

ASC (Active Stereo Calibration) menggunakan empat mikrofon yang terbina dengan gabungan keupayaan pintar yang dapat menyesuaikan audio dengan keadaan persekitaran.

Devialet Mania hadir dengan empat pemacu audio penuh dan dua sub-wufer yang diperkasakan dengan sistem SAM® (Speaker Active Matching) yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi stereo yang mantap daripada frekuensi serendah 30Hz hingga frekuensi setinggi 20,000Hz.

Kecanggihan Pintar

via Devialet

Devialet Mania menyokong Wi-Fi dan Bluetooth 5.0 dan boleh digunakan melalui Spotify Connect dan Airplay 2. Ia menjalankan  sistem DOS2 (melalui aplikasi Devialet), ekosistem perisian yang sama seperti Devialet Phantom dan Devialet Dione.

Dengan penarafan kalis air IPX4 berserta bateri yang boleh bertahan selama 10 jam dengan aras bunyi sederhana, Devialet Mania merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati kesempurnaan audio di mana-mana sahaja.

Devialet Mania kini tersedia untuk prapesanan di laman web Atlas Sound & Vision pada harga RM4,490 – RM5,490. Kunjungi bilik pameran Atlas Sound & Vision di The Gardens Mall untuk pengalaman audio yang luar biasa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Devialet
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara