Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Didakwa Terima Notifikasi Daripada Fattah Amin, Amira Othman Benarkan Netizen Siasat

by Puteri Alia
February 3, 2025
Share on Facebook

Penyanyi Amira Othman, yang juga dikenali dengan nama penuh Nadia Amira Othman, 32, baru-baru ini mengundang perhatian ramai selepas didakwa menerima notifikasi dari aplikasi TikTok yang dipercayai milik aktor Fattah Amin.

Namun, Amira memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut dan menyerahkan kepada netizen untuk menyiasat. Walaupun dia mengakui menjalin hubungan persahabatan dengan Fattah, Amira lebih selesa membiarkan spekulasi tersebut berlalu tanpa memberikan penjelasan lebih lanjut.

Menurut Amira, hubungan mereka sekadar sebagai kawan dan tidak ada apa yang perlu diperbesar-besarkan. Dia menjelaskan bahawa notifikasi yang tular mungkin hanya sekadar tanda suka atau stiker yang muncul dalam media sosial dan dia sendiri sudah menutup notifikasi pada aplikasi tersebut.

“Kami berkawan, notifikasi kami berhubung dalam media sosial, kalau ada yang nampak, biar sahaja detektif netizen yang buat kerja,” ujarnya. Amira juga menambah bahawa dia tidak pasti jika notifikasi tersebut benar-benar datang dari Fattah dan berkata dia akan memeriksa semula perkara itu.

Pelantun lagu Hati-Hati itu turut mengakui bahawa dia terkejut dan terkadang geli hati dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai dirinya dan Fattah. Menurutnya, dia lebih suka menjaga hal peribadi dan tidak selesa untuk berkongsi terlalu banyak maklumat peribadi dengan umum.

“Saya tiada apa nak ulas, apa yang saya cerita sebelum ini itu sahaja yang saya boleh cakap,” katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak mahu memberikan komen lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, tular sebuah video TikTok yang memaparkan tangkap layar telefon Amira yang dipercayai mempunyai notifikasi dari Fattah. Spekulasi mula timbul mengenai hubungan mereka selepas nama Amira dikaitkan dengan Fattah, yang baru sahaja bercerai pada 7 Oktober lalu.

Amira Othman Tak Mampu Tidur, Dedah Heliza Helmi Sempat Mesej Saat Kapal Dikepung Tentera Israel

Walau bagaimanapun, Amira dengan tegas menepis gosip tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka hanya berkisar kepada kerja, terutamanya berkaitan dengan gimik untuk muzik video single terbarunya yang berjudul Bila Nak Kahwin.

Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/x0kwn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Lokal

Nabila Razali Terkilan, Vokal Dikaitkan Dengan Hal Peribadi

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi, Nabila Razali berkongsi rasa kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengaitkan mutu kualiti nyanyian dengan kisah kehidupan peribadi seseorang...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny berkongsi keadaan terkini selepas mengalami kemalangan jalanraya bersama ibubapanya, semalam. Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa Kongsi...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore