Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Difitnah Isteri Keguguran Akibat Kifarah Kes Rogol, Da’i Syed Nekad Mahu Saman Dua Orang Wanita

by Puteri Alia
August 28, 2023
Share on Facebook

Difitnah isteri keguguran akibat kifarah rogol, pendakwah selebriti Da’i Syed nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua orang wanita.

Pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful itu menegaskan tuduhan tersebut mengganggu emosinya dan isteri, Hana Ismail yang baru sahaja mengalami keguguran anak pertama.

“Apabila kenyataan awal diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas.

“Hal ini merupakan suatu fitnah terhadap saya dan pelaku juga seolah-olah cuba mengambil kesempatan atas kesedihan yang ditanggung kami berdua.

“Ini merupakan kenyataan salah yang sengaja diada-adakan. Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera,” katanya.

Dua wanita yang terlibat dalam kes saman terbabit adalah Nurul Atiqah iaitu merupakan individu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa, selain Ainun Najwa, kawan kepada Atiqah yang didakwa membangkitkan semula kes rogol sebelum ini.

Syed yang ditemui pada sidang akhbar tergempar di Eastin Hotel, Petaling Jaya hari ini turut memulakan tindakan undang-undang terhadap individu kedua, Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah dibangkitkan semula pada 23 November 2021.

“Sebelum ini, pada 26 November 2021, Ainun Najwa telah membuat laporan polis yang menyatakan dia mengakui sebagai individu yang memuat naik hantaran tersebut dan memohon maaf kerana telah memfitnah saya.

“Tetapi laporan polis sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya, malah di dalam laporan sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” ujarnya lagi.

Menurut suami kepada pengacara Hana Ismail itu, dia juga tidak akan teragak-agak memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah dan mengaitkannya juga isteri serta keluarga.

“Saya memohon agar orang awam yang tidak terkait dengan kes dan tidak mengetahui fakta kes sebenar dapat berlaku adil dalam memberikan sebarang komentar.

“Jangan tersalah langkah sehingga membuat tohmahan melampaui batas terhadap diri saya kerana saya sedia saman terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah saya.

“Saya berharap orang ramai dapat menerima penjelasan saya berhubung isu ini dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

Sebelum ini, Nurul Atiqah yang mendakwa menjadi mangsa perkosa kepada pendakwah tersebut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isteri pendakwah tersebut sebagai kifarah atas perbuatan terkutuknya.

Dai Syed Titip Rasa Syukur Isteri & Bayi Selamat Discaj Dari Hospital-"Fatma Nour Dah Jadi Kakak..."

Syed pada 10 Disember 2020 berdepan tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pendakwah selebriti itu pada akhir kes pendakwaan

Dai Syed
https://lomp.at/8pwe3
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore