Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Digelar ‘Sakai’, Aishah Cabar Netizen Untuk Bersemuka

by Khai Azfar
September 24, 2019
Share on Facebook

Anugerah Bintang Paling Popular 32 (ABPBH32) semestinya akan menjadi coretan manis buat penyanyi Aishah. Selain membuat persembahan pada majlis berprestij itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin turut diberi penghormatan untuk menyampaikan trofi Bintang Popular kepada pemenang malam itu, Mira Filzah.

Netizen Gelar Aishah ‘Sakai’ 

Seperti kelaziman para selebriti lain, Aishah sempat berkongsi beberapa ‘moment’ sepanjang di ABPBH32 di laman Instagram nya. Namun begitu, perkongsian tersebut telah mencetuskan kontroversi yang mana ianya telah dikecam oleh seorang netizen yang bagi Aishah agak melampau kerana mengeluarkan perkataan yang berbaur kasar.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Cabar Untuk Bersemuka 

Berang dengan kecaman tersebut, Aishah mencabar netizen tersebut untuk bersemuka dengannya. Jelas Bintang Paling Popular ABPBH 1990 itu lagi, tujuan dia memuatnaik segala posting berkaitan dengan dirinya  sebelum ini adalah sebagai tanda penghargaan buat pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan sejak dahulu lagi.

“malangnya hati you yang lebih hodoh.IG I,suka hati I lah,I upkan semua mentions itu sebagai apresiasi kepada followers I,bukti yang I baca setiap komen mereka.Orang macam ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja account dia.Go get a life please”

Kongsi Kenangan Manis 

Dalam perkembangan lain, perkongsian Aishah mengenai di sebalik persembahannnya pada ABPBH 32 turut menarik perhatian pengikutnya. Dedah Aishah disebabkan terlalu penat menghadiri raptai seharian suntuk, dia dan suami terlelap di belakang pentas.

“Kami berdua terlelap. Itu dia, artiste vintage nak join event orang muda,boleh terlelap menunggu turn. Bila dah dekat nak turn perform, I bangun rasa mcm nak pitam kerana terlalu penat”

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Biarpun terlelap, namun ketika persembahan Aishah berjaya menghiburkan penonton dengan persembahan yang cukup menghiburkan sehingga mendapat pujian ramai. Tahniah Aishah!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  4. 4

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  5. 5

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara