Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Dilarang Sentuh Kaabah! Ini Antara SOP Baru Untuk Menunaikan Haji 2020

by Aphit J.
July 27, 2020
via Gerabak TV

via Gerabak TV

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Berikutan wabak COVID-19, pada tahun ini kerajaan Arab Saudi telah menghadkan jumlah jemaah yang boleh menunaikan haji kepada 1000 dan 70% daripadanya adalah jemaah dari negara luar.

Meskipun boleh menunaikan haji, kerajaan Arab Saudi tetap mengambil kira tahap kebersihan dan berikut adalah antara SOP baru bagi menunaikan ibadah haji menurut laporan daripada Arab News.

Dilarang Menyentuh Kaabah Dan Mencium Hajarul Aswad

via Gerabak TV

Bagi menjaga tahap kebersihan yang optimun, menyentuh Kaabah dan mencium Hajarul Aswad adalah dilarang sama sekali. Tindakan ini pasti dapat mengelakkan berlakunya close contact antara sesama jemaah.

Jemaah Perlu Membawa Sejadah Sendiri

via Raddebatil

Selain dilarang menyentuh Kaabah dan mencium Hajarul Aswad, jemaah juga perlu membawa sejadah sendiri sepanjang menunaikan haji. Hal ini kerana karpet masjid akan ditanggalkan ketika tempoh ini.

Dilarang Makan Dan Membawa Makanan Di Sekitar Dan Di Dalam Masjid

via YouTube

Menurut laporan daripada Arab News, para jemaah dilarang untuk membawa makanan di masjid atau makan di kawasan sekitar masjid. Malahan juga, water cooler yang disediakan sekitar masjid-masjid akan dihentikan operasinya ketika ini.

Kekalkan Penjarakkan Sosial

via Middle East

Sama seperti di tempat-tempat lain, kerajaan Arab Saudi juga menetapkan penganjur dan jemaah perlu sentiasa kekalkan penjarakan sosial dengan jarak 1.5 meter sepanjang masa. Selain itu, jemaah perlu sentiasa memakai topeng mulut dan hidung sepanjang menunaikan haji.

Jemaah Perlu Berusia 65 Kebawah Dan Tiada Penyakit Kronik

via UPI

Selain terhad kepada 1000, jemaah perlulah berusia 65 tahun kebawah dan tiada penyakit kronik. Jemaah akan menjalani ujian pemeriksaan sebelum tiba di Makkah dan perlu menjalani kuarantin di rumah selepas menunaikan haji.

Diharapkan wabak COVID-19 ini akan cepat berakhir agar pada tahun akan datang semua jemaah dapat melaksanakan haji seperti sediakala.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Haji 2020Ibadah Haji 2020SOP Haji 2020
Share10Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara