Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Gal Gadot “Si Yahudi Pengecut” Tutup Komen Instagram Serta Teguh Menyokong Zionis Laknatullah

by Puteri Alia
October 31, 2023
Share on Facebook

Orang yang paling selamat ketika berada di Padang Mahsyar ialah mereka yang datang kepada Allah SWT dalam keadaan hatinya penuh ketenangan. Namun, ada yang datang dalam keadaan takut dengan bebanan tanggungjawab tidak terlaksana dan saat paling menakutkan apabila tiba masanya disoal amalan di dunia.

Manusia akan sentiasa menolak dakwaan yang dihadapi ketika diadili di Padang Mahsyar kerana tidak dapat menerima hakikat mereka melakukan perbuatan itu tanpa ada bukti atau saksi. Lalu Allah SWT menjadikan saksi untuk orang yang melakukan perbuatan baik atau jahat.

Orang yang tenang hatinya kerana jaminan pengadilan Allah SWT lebih baik daripada pengadilan manusia. Di antara saksi yang akan tampil untuk tujuan pembuktian adalah tubuh badan manusia sendiri.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Hollywood berbangsa Yahudi, Gal Gadot dilihat telah menutup ruangan komen pada Instagram miliknya, dipercayai selepas diserang netizen bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari seluruh dunia.

Menerusi semakan yang dibuat, akaun Instagram milik pelakon berusia 38 tahun itu masih mengekalkan pendiriannya menyokong kekejaman yang dilakukan oleh Israel dengan memihak penindasan yang dilakukan oleh rejin Zionis terhadap Palestin.

“Stand with Israel (Saya bersama Israel),” tulisnya.

Biarpun menutup ruangan komen, pelakon filem Wonder Woman itu masih berkongsi beberapa hantaran dalam Instagramnya dengan memaparkan beberapa ‘mangsa’ dalam kalangan rakyat Israel yang didakwa telah menjadi mangsa culik kumpulan Hamas.

Dalam hantaran tersebut menyebut, seramai 239 rakyat Israel terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa dikatakan telah diculik oleh kumpulan Hamas.

“Kami mahu mereka (mangsa penculikan Hamas) dikembalikan segera,” ujarnya.

Sebelum ini, Gal Gadot dikritik hebat sekali gus membangkitkan kemarahan pengikutnya dalam Instagram apabila mengajak orang ramai supaya menyokong tentera Israel selepas tercetusnya peperangan antara rejim Zionis itu dengan Palestin sejak 7 Oktober lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Gadot dalam Instagram miliknya, pelakon berdarah Yahudi itu menyatakan sokongannya terhadap tentera Israel dan menyeru orang ramai supaya turut serta berpihak rejim dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu itu.

“Saya menyokong bersama Israel dan anda juga harus begitu,” katanya.

Tindakan pelakon berusia 38 tahun itu mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap Israel telah menyebabkan pengikutnya menyelar tindakan tersebut.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana pelakon itu seolah-olah tidak mempedulikan kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin sebelum ini.

Perang bermula pada 7 Oktober lalu selepas pejuang Hamas melancarkan lebih 5,000 roket ke arah Israel sebelum Rejim Zionis melancarkan kempen serangan udara dan disusuli serangan darat di Gaza.

Serangan Hamas yang menyasarkan selatan Israel menyebabkan 1,400 penduduk Israel dan warga ­asing terbunuh, manakala 230 yang lain ditawan dan dijadikan tebusan di Gaza.

Tentera Israel membalas dengan melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Gaza yang menurut sebilangan pegawai perubatan, telah membunuh lebih 8,000 penduduk Palestin, manakala separuh daripada mereka ialah kanak-kanak.

Terbaharu, kebimbangan terhadap nasib lebih 2.2 juta penduduk yang tinggal di Gaza semakin meningkat ketika Israel meneruskan ‘fasa kedua’ perangnya untuk menghapuskan kumpulan Hamas.

gal gadot
https://lomp.at/aiued
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore