Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Diserang Penyokong Ziyad! Kedutaan Ukraine Di Malaysia ‘Deactivate’ Akaun Facebook?

by Zaidin Albert
September 1, 2021
46
KONGSIAN
Share on Facebook

Rakyat Malaysia yang tidak begitu senang dengan keputusan Tokyo Paralympics semalam terus menyerang halaman Facebook Kedutaan Ukraine  dengan ejekan hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Kedutaan Ukraine telah deactivate halaman Facebooknya buat sementara semalam setelah dilaporkan dibanjiri dengan ejekan dari rakyat Malaysia yang kesal kerana pingat emas atlet paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli  dibatalkan, berikutan mendapat protes daripada Ukraine.

Kedutaan Ukraine telah deactivate halaman Facebooknya buat sementara

Ada diantara pengguna Facebook lain meninggalkan kata-kata kesat dan menuduh Ukraine menipu dan pengecut.

“Pingat Emas Dicuri! Anda memalukan! ” kata pengguna Facebook bernama Sul Hanif Sulaiman.

“Ukraine Penipu !” kata Rif Tri.

Malah ada yang menggunakan hashtag “#JusticeForZiyad” pada posting mereka yang menjadi trending di Malaysia sejak semalam.

Dalam posting Facebooknya, Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo mengambil sikap berkecuali untuk meredakan keadaan, dengan mengatakan terdapat beberapa isu mengenai keputusan jawatankuasa penganjur yang menyebabkan kontroversi itu.

Dia mengucapkan tahniah kepada Ziyad atas prestasi cemerlang dan memecahkan rekod dunia sambil berharap agar masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat dan telus.

“Ziyad akan tetap menjadi Juara sejati di hati semua orang, bukan hanya rakyat Malaysia,” tulis Nechytaylo di laman Facebooknya semalam.

Olexander Nechytaylo

Walaubagaimanapun, menurut tinjauan Murai, akaun facebook  peribadi Nechytaylo telah diprivasikan dan tidak dapat dilihat secara umum.

Apa-apa pun, Ziyad tetap menjadi kebanggan rakyat Malaysia kerana  memberikan persembahan terbaik sekaligus  memecahkan rekod di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share18Tweet12SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara