Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!: Malam Penuh Magis, Gelak & Jerit di Genting

by Phic ARMAN
August 30, 2025
Share on Facebook

MURAI sempat join crowd dekat Arena of Stars, Resorts World Genting untuk malam pertama Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!. Serius, rasa macam masuk multiverse Disney, penuh muzik, tarian, dan jeritan kanak-kanak (dan juga jeritan kecil dari mak ayah yang terlalu excited).

Bermula dengan DJ Disney Junior, suasana terus on fire. Bila Mickey Mouse keluar sahaja atas pentas, terus semua budak-budak lupa dunia. Lepas tu “playdate checklist” bermula, ada nyanyi, menari, main belon, siap ada kemunculan watak kegemaran macam Goofy, Ariel the Little Mermaid dan geng SuperKitties. Tapi paling havoc bila Minnie Mouse muncul ,confirm boleh dengar jeritan sampai ke lobby hotel!

Part paling legendary malam tu? Spider-Man meluncur masuk atas pentas! Semua terus berdiri, jerit “waaaahhh” macam nampak superhero betul-betul nak selamatkan dunia. MURAI pun terikut sama, tangan dah automatik buat gaya web shooter.

Yang bestnya, bukan budak sahaja yang enjoy. Mak ayah pun sporting, siap nyanyi sekali dan tepuk tangan ikut beat. Kalau tengok dari jauh, memang rasa macam satu dewan jadi family besar Disney, semua happy, semua senyum.

Penerbit show ni, Jonathan Shank, kata mereka bangga dapat bawakan magis Disney ke Malaysia. Betul lah tu, sebab vibe malam tu memang lain macam. Confirm budak-budak akan ingat sampai besar (dan mak ayah pun ada alasan untuk throwback bila anak dah remaja nanti ).

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

Show ni akan berlangsung sampai 1 September, dengan 3 show sehari. Jadi kalau korang nak tengok Mickey, Minnie dan Spider-Man live depan mata, cepat-cepatlah plan trip Genting. Jangan nanti menyesal tengok kat Instagram je!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
DisneyDisney Jr. Live On Tour: Let’s Play
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara