Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Dituduh Punca Kematian Sushant Singh, Salman Khan Ambil Tindakan Undang-undang

by Phic ARMAN
June 17, 2020
383
KONGSIAN
Share on Facebook

Kematian Sushant Singh Rajput yang sangat mendadak meninggalkan penderitaan yang mendalam, bukan sahaja keluarganya tetapi juga peminat yang menyayanginya. Sushant mengakhiri hidupnya pada hari Ahad, 14 Jun 2020 kerana tertekan setelah kehilangan tujuh kontrak filem dalam enam bulan.

Kematiannya menimbulkan banyak kontroversi dalam industri Bollywood. Lebih mengejutkan, nama Salman Khan dipetik menjadi salah satu penyebab kemurungan Sushant Singh Rajput. Ini kerana rumah produksi Salman pernah ‘banned’ Sushant sehingga membuatnya dia depresi dan mengakhiri hidupnya.

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Berita ini menjadi sensasi sehinggakan pengarah Abhinav Kashyap memuat naik kenyataan yang mengatakan bahawa kerjayanya juga disabotaj oleh keluarga pelakon berusia 54 tahun itu. Sehubungan itu, keluarga Salman Khan telah melaporkan Abhinav kepada polis.

Menurut Hindustantimes,   Abhinav Kashyap yang merupakan seorang pengarah berkongsi di Facebooknya pada hari Selasa, 16 Jun 2020. Postingnya menceritakan tentang bagaimana Arbaaz Khan, adik Salman Khan dan keluarganya mensabotaj kerjayanya setelah filem Dabangg dirilis pada tahun 2010.

Abhinav Kashyap juga mengaku dieksploitasi dan diintimidasi secara langsung oleh keluarga Khan. Ini menjadikan kesihatan mentalnya terganggu. Abhinav mengatakan bahawa Arbaaz juga berusaha untuk mengawal kariernya dan merebut projek filemnya dengan Shree Ashtavinayak Films.

Juga dalam artikelnya yang panjang, Abhinav mengatakan bahawa keluarga Salman Khan sangat licik kerana mengendalikan industri dengan pengaruh politik yang mereka miliki. Tetapi dia tidak akan menyerah seperti Sushant Singh Rajput dan akan terus berjuang untuk melihat akhir karier mereka.

“Musuh saya tajam, licik dan selalu menyerang dari belakang dan tetap tersembunyi. Tetapi yang terbaik ialah selepas 10 tahun, saya tahu siapa musuh saya. Ketahuilah bahawa mereka adalah Salim Khan, Salman Khan, Arbaaz Khan dan Sohail Khan,” tulis Abhinav.

“Keluarga Salman Khan adalah ketua ular berbisa. Mereka menggunakan wang kotor, pengaruh politik dan hubungan untuk menakut-nakutkan sesiapa dan semua orang. Sayangnya, kebenaran ada di pihak saya dan saya tidak akan menyerah seperti Sushant “Singh Rajput.

Dalam masa yang singkat, posting itu mencuri perhatian orang ramai. Ketika ditanya mengenai hal ini, Arbaaz Khan mendakwa dia tidak berkomunikasi dengan Abhinav Kashyap sejak 2012 sebelum memulakan filem Dabangg 2. Arbaaz juga mengatakan bahawa keluarganya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Abhinav.

Sejak kebelakangan ini Salman Khan menjadi sebutan setelah rumah produksi itu didakwa telah ‘banned’ Sushant Singh Rajput. Ucapan takziah yang ditulis oleh Salman Khan di Twitternya penuh dengan komen sinis yang menyoroti sikap Salman Khan.

https://lomp.at/bkvu3
Share380Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore