Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

DIY: Tips Mudah Buat Cili Kisar Yang ‘Superpower’ & Boleh Tahan Lama

by Jash Lee
May 17, 2020
Share on Facebook

Orang Malaysia ni memang ramai yang suka makan pedas kan? Macam kalau tak ada yang pedas tu umpama tak lengkap lah hidangan. Tak kisahlah  sambal belacan ke, cili kicap ke, cili padi potong ke atau sambal, yang penting mesti pedas!

Cili kisar adalah pes masakan yang paling utama untuk setiap hidangan. Kebanyakan masakan yang dimasak, pasti menggunakan cili kisar. Jadi, untuk menjimatkan masa dan lebih menyenangkan, disini kami ingin berkongsi sekali lagi dengan anda cara-cara mudah untuk buat sendiri cili kisar yang ‘super power‘ dan paling penting boleh tahan lama, asli dan tanpa pengawet tambahan.

Jadi, selepas ini kalau nak masak, terus je ambil sesudu dua stok cili kisar yang telah dibuat.

Bahan-Bahan

1 kilo Cili kering (tahap kepedasan ikut pada selera masing-masing)

Air

Segenggam garam kasar

2 kilo minyak masak.

via Butterkicap

Cara-Caranya

Gunting cili kering, basuh untuk buang biji dan toskan kemudian rebus sehingga lembut. Anda boleh juga rendam didalam air panas yang mendidih selama lebih kurang 1 jam.

Apabila cili sudah lembut dan cantik, toskan air (pastikan tos betul-betul agar cili dapat tahan lebih lama) dan kisar bersama garam dan minyak (boleh lebihkan minyak masa blend)

Akhir sekali masukkan kedalam bekas dan letakkan didalam peti sejuk bahagian chiller. Boleh tahan lama dan tak akan berkulat.

Cili yang dikisar juga boleh dibahagikan kepada beberapa bekas kecil, jika jarang guna, boleh letakkan di bahagian freezer dan dengan cara ini, cili akan tahan lebih lama sehingga berbulan-bulan.

via SirapLimau

Masa memasak nanti tak perlu tambah minyak lagi untuk menumis.  Pastikan sudu yang digunakan tidak bercampur dengan bahan lain bagi mengelakkan dari cili tercemar dan akan mudak rosak atau berkulat.

Jadi lepas ni tak perlu beli lagi cili kisar, buat sendiri, dijamin bersih, tanpa sebarang pengawet dan lebih asli.

Selamat Mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cilikisartahanlama DIY
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara