Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Dr Amalina Beri Galakkan Graduan Cari Kerja Di Luar Negara. Ini Alasannya!

by Phic ARMAN
January 7, 2021
Share on Facebook

Sudah pasti ada di antara kita yang menyimpan hasrat untuk bekerja di luar negara.  Mungkin disebabkan gaji yang ditawarkan jauh lebih baik berbanding dengan Malaysia. Antara sebab lain, zaman sekarang graduan susah nak dapat kerja dan ada yang terpaksa mencari pekerjaan yang langsung tidak berkaitan dengan jurusan mereka.

Jadi adakah lebih baik jika para pelajar di Malaysia mengejar impian di luar negara?

Baru-baru ini seorang pengguna Instagram telah bertanyakan hal yang sama kepada Dr Amalina, yang kini sedang bekerja di hospital terkemuka di London.

Foto: Instagram @dramalinabakri

Individu ini mengambil kesempatan bertanya kepada Amalina menerusi sesi ‘Ask Me A Question’ di instagramnya.

“Untuk pelajar dari Malaysia, adakah anda menggalakkan merekan untuk mengejar peluang pekerjaan di luar negara?”- tanya salah seorang pengikutnya di Instagram.

Menjawab dengan yakin, Amalina memberi galakkan kepada pelajar Malaysia supaya merebut peluang bekerja di luar negara untuk keluar dari zon selesa.

“Ya sudah semestinya! Sekiranya anda berpeluang, rebutlah! Lebarkan sayap anda, keluar dari zon selesa anda, dan dapatkan kemahiran dan pengalaman baru. Pengalaman anda akan sangat berharga untuk masa depan anda.”- tulis Dr Amalina menjawab pertanyaan pengikutnya.

Dr Amalina mendapat anugerah Darzi Academic Clinical Research Fellowship daripada Imperial College London. Beliau sedang membuat PhD dalam bidang perubatan di Imperial College London di bawah tajaan Imperial College dan National Institute Health Research (NIHR) UK sambil bekerja di hospital terkemuka di London.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amalinadoktordr amalina
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara