Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Dulu Peserta ICSYVM, Kini Faiz Hazni Muncul Dengan Single Sulung, HANYA PERSINGGAHAN

by Phic ARMAN
January 18, 2022
Share on Facebook

Mula berjinak dalam dunia seni suara sejak di bangku sekolah lagi, Faiz Hazni, anak kelahiran Johor ini memanfaatkan masa yang ada dengan menyanyikan semula lagu-lagu hits untuk tontonan umum di saluran YouTube miliknya disaat negara terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu. Tanpa beliau sedari, video beliau ditonton oleh teraju utama Impact Music & Entertainment, Emma, yang juga merupakan penyanyi rock era 90an.

Foto: Instagram @faizhazni

Dek kerana kelunakkan suara beliau, rakan-rakan rapat Faiz mencadangkan agar beliau menyertai rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketiga. Nasib menyebelahi Faiz apabila beliau berjaya menyertai malah terpilih sebagai penyanyi sebenar oleh Dato’ Nash Dalam episod terakhir rancangan tersebut. Teruja dengan bakat yang dimiliki Faiz, Impact Music & Entertainment bertindak melamar beliau untuk menjadi artis rakaman sekaligus menerima tunjuk ajar secara langsung daripada Emma.

Foto: Instagram @faizhazni

Mempertaruhkan HANYA PERSINGGAHAN sebagai single sulung beliau, Faiz percaya lagu ini dapat menarik minat penggemar muzik untuk terus mendukung beliau dalam industri hiburan tanah air. Lagu ini juga mendapat sentuhan istimewa daripada pelbagai pemuzik dari luar dan dalam negara sekaligus menambah keunikannya. Antara yang terlibat dalam pembikinan single ini adalah Emma (Penulis Lirik dari Malaysia), Adi Priyo (Penulis Lirik dari Indonesia) dan Yazri Malik (Komposer dari Singapura).

HANYA PERSINGGAHAN boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 21 Januari jam 12 tengah malam manakala video lirik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Faiz Hazni
https://lomp.at/734oc
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara