Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Hotel

Staycation Gaya Thai Di Melaka? Dusit Princess Tampil Lain Dari Yang Lain!

TYT Rasmi Dusit Princess Melaka – Gabungan Mewah, Warisan & View Menawan

by Phic ARMAN
May 29, 2025
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat anda yang suka percutian bergaya dan penuh kenangan, berita baik! Dusit Princess Melaka, hotel pertama Dusit International di Malaysia, kini dibuka secara rasmi dan ia bukan sekadar hotel biasa. Terletak di tengah-tengah bandar Melaka yang bersejarah, hotel ini menawarkan gabungan kemewahan moden, hospitaliti Thai yang ikonik, dan pemandangan yang menakjubkan. Dari kota warisan sehinggalah ke Selat Melaka.

Majlis pembukaan rasmi ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Turut hadir ialah Encik Mohamad Bukhari bin Che Man, Pengarah MOTAC Negeri Melaka.

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka

Hotel Pertama Dusit di Malaysia – Melaka Jadi Pilihan Sulung!

Melaka bukan sekadar lokasi pelancongan, ia kini menjadi tapak sejarah bagi Dusit International apabila jenama Thailand ini memilih bandar ini untuk hotel pertama mereka di Malaysia. Dengan lokasi strategik dalam kawasan UNESCO World Heritage Site, Dusit Princess Melaka menjadi permulaan yang hebat untuk jenama ini di negara kita.

Pemandangan Bandar & Laut Yang Menenangkan

Dengan 296 bilik berinspirasikan gaya kontemporari dan warisan tempatan, hotel ini menjanjikan pengalaman yang menenangkan, sama ada anda menghadap panorama bandar Melaka yang kaya sejarah atau menikmati pemandangan terbuka ke arah Selat Melaka. Satu kombinasi sempurna untuk pelancong yang inginkan suasana eksklusif tapi tetap berjiwa tempatan.

Topik Berkaitan Staycation Macam Hotel Mewah, Tapi Sebenarnya The Luxurious Homestay Adalah Homestay Privasi Di Malaysia

Kemudahan Mewah Yang Lengkap

Tak lengkap hotel lima bintang tanpa kemudahan kelas pertama. Di sini anda boleh:

  • Berenang di kolam renang terdalam di Melaka
  • Bersenam di gim 24 jam serba lengkap
  • Menjamu selera di restoran berkonsep unik seperti Zest, Long Feng dan Famosa Lounge
  • Anjurkan majlis atau persidangan di ruang acara seluas 774 meter persegi lengkap dengan skrin LED besar dan fleksibiliti susun atur

Melaka Bersedia Sambut UN Tourism 2025 & Visit Malaysia 2026

Dengan lebih 15 juta pelancong pada tahun 2024, Melaka semakin rancak sebagai destinasi pelancongan. Pembukaan Dusit Princess Melaka adalah tepat pada waktunya untuk menyokong acara besar seperti UN Tourism 2025 dan kempen Visit Malaysia 2026 yang menyasarkan 35.6 juta pelawat ke negara ini.

Menurut Encik Gilles Cretallaz, Ketua Pegawai Operasi Dusit International:

“Pembukaan Dusit Princess Melaka ialah langkah besar bagi kami – kali pertama membawa hospitaliti Thai kami ke Malaysia. Melaka dipilih kerana warisannya yang kaya dan lokasinya yang strategik. Kami teruja untuk menyambut tetamu dari seluruh dunia dan memberikan pengalaman layanan yang mesra, asli dan bermakna.”

Menang Anugerah & Tawar Promosi Menarik

Baru rasmi dibuka tapi sudah diiktiraf! Dusit Princess Melaka menerima dua anugerah di International Business Magazine Awards 2025:

  •  Best Hotel for Business Travellers – Malaysia
  • Excellence in Regional Hospitality – Malaysia
Topik Berkaitan Port Sarapan Paling Rare Di Melaka! Baba Kaya Hidang Apam Balik Guna Bakul, View Sungai Memang Tenang

Pakej Melaka Retreat: Nikmati sarapan harian, kredit makanan RM50 sehari, naik taraf bilik percuma (ikut ketersediaan), dan diskaun 15% untuk ahli Dusit Gold. Sah untuk tempahan hingga 4 Januari 2026.
Nak tahu lebih lanjut atau terus buat tempahan? Layari: dusit.com/dusitprincess-melaka

Atau ikuti @dusitprincessmelaka di Facebook & Instagram.

Dusit Princess Melaka – permulaan baharu yang gah untuk Dusit di Malaysia. Lokasi hebat, pemandangan indah, dan layanan Thai yang tidak dapat dilupakan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dusit PrincessMelaka
Share28Tweet18SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara