Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Port Sarapan Paling Rare Di Melaka! Baba Kaya Hidang Apam Balik Guna Bakul, View Sungai Memang Tenang

by Farah Fatihah
May 8, 2026
Gambar: Facebook @Baba Kaya - One Malaysian Cuisine

Gambar: Facebook @Baba Kaya - One Malaysian Cuisine

61
KONGSIAN
Share on Facebook

Baba Kaya merupakan sebuah kafe sarapan berkonsep nostalgia yang menggabungkan keunikan budaya lama dengan sentuhan moden dalam setiap hidangan dan pengalaman yang ditawarkan. Terletak berhampiran Sungai Melaka dan tidak jauh dari Jonker Street, kafe ini menjadi pilihan ramai kerana suasananya yang tenang, estetik dan penuh elemen sejarah yang sesuai untuk kalian yang nak “healing” sambil makan sedap.

Cara Order Rare, Macam Zaman Dulu-Dulu

View this post on Instagram

Antara tarikan utama Baba Kaya yang buat ramai teruja adalah cara mereka menghidangkan Apam Balik. Bukan sekadar ambil di kaunter, pelanggan perlu masukkan duit ke dalam bakul rotan yang akan ditarik naik ke tingkat atas.

Selepas pesanan siap, bakul tersebut akan diturunkan semula bersama makanan panas-panas. Unik dan penuh nostalgia! Cara ini sebenarnya diinspirasikan daripada amalan lama di Melaka ketika zaman kolonial British, di mana urusan jual beli antara bangunan dan bot dilakukan menggunakan bakul seperti ini.

Baba Kaya bukan hanya sekadar tempat makan, tetapi boleh dapat pengalaman sekali.

View Sungai Melaka

View this post on Instagram

Lokasi Baba Kaya yang menghadap Sungai Melaka menjadikan ia port lepak yang cukup tenang. Kalian boleh pilih untuk duduk di bahagian luar sambil menikmati pemandangan bot pelancong yang lalu-lalang.

Kalau kalian jenis suka ambil gambar, memang ini spot terbaik untuk OOTD. Namun, kalau nak lebih selesa dan sejuk, ruang indoor juga luas, berhawa dingin dan sesuai untuk datang bersama keluarga atau kawan-kawan.

Dekorasi kafe ini juga menarik perhatian yang penuh dengan elemen seni seperti mural berwarna-warni, jubin klasik dan lampu tanglung yang menambahkan lagi vibe klasik dan estetik.

Pelbagai Menu Menarik

Bila datang sini, memang wajib cuba menu signature mereka yang jadi kegemaran ramai:

  • Coconut Gula Melaka Apam Balik (RM8) – lembut, wangi pandan dan manis gula Melaka
  • Corn Apam Balik (RM6) – rangup di luar, lembut di dalam dengan inti jagung bermentega yang padu
  • Baba Kaya Signature Toast (RM6) – roti bakar dengan sentuhan cinnamon, dihidang bersama 3 jenis sapuan unik (pandan, keladi & kaya)
  • Signature Nyonya Curry Prawn Laksa (RM17.80) – kuah lemak berempah, gabungan mee kuning & bihun serta udang besar yang juicy

Setiap hidangan bukan saja sedap, tapi ada identiti tersendiri yang menggambarkan gabungan budaya Melayu dan Cina dalam masakan Baba Nyonya.

Tips Penting Sebelum Datang

Disebabkan kafe ini semakin viral, ia sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu. Jadi, sebaiknya datang awal sekitar jam 7.30 pagi untuk elakkan beratur panjang.

Parking pula agak terhad, jadi kalian mungkin perlu berjalan sedikit tapi sepanjang jalan itu, kalian akan jumpa banyak spot menarik sekitar Melaka yang memang rugi kalau tak explore.

Baba Kaya bukan sekadar tempat untuk sarapan, tapi satu pengalaman yang menggabungkan makanan, budaya dan suasana dalam satu tempat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
baba kayaMelaka
Share24Tweet15SendShare

KINI TRENDING

Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
LifeXplore

F1 Kembali Ke Sepang! W Kuala Lumpur Bakal Jadi ‘Pit Stop’ Paling Meriah Oktober Ini

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Bagi peminat Formula 1, Oktober ini mungkin kena mark dalam kalendar. Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia...

Read moreDetails
LifeXplore

Kelantan, Kedah Hingga Johor, The Overlooked Malaysia Ajak Kita Lihat Sisi Lain Negara Sendiri

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Bila sebut tentang percutian, kita mungkin terus terbayang tiket kapal terbang, airport dan destinasi luar negara. Tetapi pernah tak kita...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
Foto - Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya
LifeXplore

Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya Bawa Ritual ‘Kopi Dulu’ Sempena Hari Malaysia

by Nurul A.
September 15, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia esok, Palm Garden Hotel Putrajaya dengan bangganya mengumumkan Oriental Kopi sebagai rakan kongsi kopi bagi...

Read moreDetails
LifeXplore

Ziana Zain Hingga Bunkface, Ini 5 Perkara Menarik Bakal Berlaku Di Konsert Astro 30 Tahun!

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan dua malam hiburan yang cukup istimewa menerusi Konsert Sooka...

Read moreDetails
ASICS Malaysia
LifeXplore

Tak Perlu Ke Semenanjung, ASICS Malaysia Kini Lebarkan Sayap Ke Sabah!

by Nurul A.
November 12, 2026

ASICS Malaysia telah membuka kedai pertamanya di Sabah secara rasmi, bertempat di Imago Shopping Mall, KK Times Square, Kota Kinabalu....

Read moreDetails
LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
LifeXplore

Wani Kayrie Cipta Satu Lagi Pencapaian Di Pentas Antarabangsa

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Selepas mencuri perhatian menerusi pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Wani Kayrie kini melangkah lebih jauh apabila diberi kepercayaan...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara