Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

[VIDEO] Ed Sheeran Umum Album Baru ‘Play’ & Single Terbarunya ‘Old Phone’!

by Naddy Joe
May 5, 2025
Share on Facebook

Selepas menutup lembaran siri album Mathematics, Ed Sheeran kini kembali dan melangkah berani ke fasa baharu pada tahun 2025. Sebagai seorang artis yang sentiasa berkembang,

album terbaharunya yang berjudul ‘Play’ menyaksikan Sheeran meneroka landskap muzik baharu melalui kolaborasi bersama penerbit dan pemuzik dari seluruh dunia, di samping menyelami lebih dalam bunyi dan tema abadi yang telah menjadikannya antara artis pop paling disayangi di dunia.

Umum Album Baharu ‘Play’

Dalam suasana yang lebih dikenali, Sheeran turut mengingatkan kita mengapa beliau kekal sebagai penyanyi-penulis lagu paling berpengaruh dalam generasinya, dengan rangkaian balada memukau serta lagu-lagu akustik yang mendalam.

Hasilnya ialah sebuah koleksi yang menggabungkan unsur yang biasa dan baharu, membentuk bunyi pop yang berani dan hanya mampu disampaikan oleh Ed Sheeran , sebuah paparan seni yang bertenaga, mendebarkan, dan penuh transformasi, serta dijangka menjadi antara album paling berpengaruh tahun ini.

“Play ialah sebuah album yang lahir sebagai tindak balas terus terhadap fasa paling gelap dalam hidup saya. Selepas melalui semua itu, saya hanya mahu mencipta sesuatu yang penuh kegembiraan dan warna-warni,  sambil meneroka budaya di negara-negara yang saya lawati ketika menjelajah.

Saya merakam album ini di serata dunia, dan menyudahkannya di Goa, India — di mana saya mengalami antara hari-hari paling menyeronokkan dan penuh eksplorasi dalam hidup saya sebagai seorang pengkarya. Album ini ibarat satu perjalanan rollercoaster emosi dari awal hingga akhir.”

Bernostalgia Dengan Single Terbarunya, ‘Old Phone’

Selepas kejayaan lagu pop globalnya yang hedonistik dan penuh warna ‘Azizam’, Ed Sheeran kembali bernostalgia menerusi single terbarunya ‘Old Phone’, yang mengisahkan kekeliruan emosi apabila berhubung semula dengan masa silam.

Dengan menghidupkan semula sebuah telefon lama yang tidak digunakan sejak tahun 2015, Sheeran menemui semula mesej-mesej daripada sahabat yang telah lama hilang, pertengkaran dengan bekas kekasih, serta kenangan bersama ahli keluarga yang semakin menjauh, memperlihatkan bagaimana masa dan perpisahan boleh membentuk semula identiti seseorang.

Menggabungkan melodi akustik yang penuh nostalgia dengan emosi yang mentah dan tulus, lagu ini mengimbau akar penulisan lagu awal Ed sambil menyelami tema pertumbuhan dan memori.

Ia menangkap potret seorang artis yang dibentuk dan diubah oleh masa lalunya. ‘Old Phone’ dihasilkan oleh Blake Slatkin dan Ilya Salmanzadeh.

YouTube video
Ed Sheeran
https://lomp.at/vnabc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore