• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Edika Yusof Rujuk Semula Dalam Idah – Ikrar Setia, “Kalau Kasut Pun Saya Tak Tukar…”

by Puteri Alia
August 4, 2025
Share on Facebook

Pelakon berkarisma Edika Yusof akhirnya mengesahkan bahawa dia dan isteri, Nor Hidayah Rusli, telah rujuk semula ketika masih dalam tempoh idah selepas bercerai talak satu pada 5 Mei lalu. Selepas lebih dua dekad melayari bahtera perkahwinan bersama, detik perpisahan yang singkat itu rupanya membuka ruang untuk kedua-duanya bermuhasabah dan menyedari nilai sebenar hubungan yang telah lama terjalin.

Menurut Edika, pertemuan pertama mereka selepas bercerai berlaku sempena sambutan Hari Bapa, ketika makan bersama anak-anak. Pertemuan itu membuka jalan kepada perbincangan dari hati ke hati yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk kembali bersatu. Katanya, walaupun sudah berpisah secara rasmi, mereka kekal berhubung dengan cara baik, cuma masing-masing memilih untuk tidak bersemuka bagi memberi ruang untuk menenangkan diri. “Alhamdulillah dipermudahkan. Sehinggalah ketika Hari Bapa, kami bersemuka dan dari situ berbincang hati ke hati, sekali gus mengambil keputusan rujuk,” katanya.

Tambah pelakon berusia 58 tahun itu, proses rujuk telah dilakukan secara rasmi di pejabat agama, namun sijil nikah baharu masih belum diperoleh. Buat masa ini, mereka masih belum kembali tinggal sebumbung kerana ingin memberi masa untuk diri masing-masing memperkukuh hubungan yang telah dibina. “Tidak perlu terburu-buru. Lagi pun masing-masing masih dalam fasa muhasabah diri. Sentiasa positif, rendahkan ego serta kenang semula detik indah lebih dua dekad susah senang bersama,” jelasnya lagi.

Walaupun enggan mendedahkan tarikh rujuk, Edika menyatakan rasa syukurnya dapat kembali bersama isteri tercinta yang telah banyak berkorban sepanjang kehidupan mereka. Menyentuh tentang kesetiaan, pelakon Maria Mariana itu dengan tenang berkata dia bukan lelaki yang mudah berpaling arah. “Saya pernah cakap pada isteri mungkin saya takkan berkahwin lagi kalau berpisah dengannya kerana saya seorang lelaki yang setia. Kalau kereta pun saya tidak bertukar sejak dahulu, begitu juga barangan peribadi macam kasut, memang saya pakai lama sebab sayang, inikan pula suri hati,” katanya bersahaja.

Sebelum ini, teka-teki tentang kemungkinan mereka sudah rujuk timbul selepas Edika berkongsi foto bersama isteri dengan kapsyen merujuk dirinya sebagai suami. Tindakan itu pantas mengundang spekulasi netizen, yang akhirnya terjawab dengan pengesahan pelakon itu sendiri.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003, dan menjadi inspirasi ramai apabila Edika kekal setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk seorang anak daripada perkahwinan terdahulu Hidayah. Perpisahan mereka sebelum ini berlaku apabila Hidayah memfailkan penceraian atas alasan tiada persefahaman pada pertengahan Februari 2025. Kini, setelah melalui fasa paling mencabar dalam perkahwinan mereka, pasangan ini memilih untuk memperbaiki segalanya dan menghargai peluang kedua yang diberi.

edika yusof
https://lomp.at/eg1lz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore