Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Edisi Terhad OPPO F5 6GB, Sarung Telefon Bertatahkan Kristal Swarovski

by Phic ARMAN
December 7, 2017
Share on Facebook

Sebuah sarung telefon satu seumpamanya bertatahkan kristal Swarovski akan direka untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah).

Selebriti tempatan popular, Neelofa dinobatkan sebagai duta untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah)

OPPO F5 6GB menawarkan pilihan konfigurasi 6GB RAM (Random Access Memory) yang lebih tinggi dan 64GB ROM (Read-Only Memory) untuk pengalaman permainan, bertukar antara aplikasi, penstoran dan pengalaman operasi yang lebih lancar secara menyeluruh yang boleh dinikmati oleh peminat.

Pengguna tidak perlu lagi khuatir mengenai masalah kekurangan memori atau penstoran. Sama seperti model OPPO F5, iaitu telefon pertama yang diperkenalkan daripada siri F5, model F5 6GB juga ditawarkan dengan pemproses Octa-core yang memberikan kelajuan prestasi lebih tinggi untuk pengalaman permainan terunggul buat pengguna.

“Kami begitu teruja untuk memperkenalkan OPPO F5 6GB kepada pasaran Malaysia, ia didatangkan dengan 6GB RAM dan 64 ROM yang lebih tinggi, sekaligus membolehkan pengguna untuk menyimpan lebih banyak swafoto semula jadi, muzik dan fail di samping mendapatkan pengalaman peralihan di antara aplikasi yang lebih lancar dan pantas.” kata Ken Ng, Pengurus Produk bagi OPPO Malaysia.

Bagi menyediakan lebih banyak pilihan warna kepada konsumer, OPPO F5 6GB didatangkan dalam dua varian warna, iaitu warna merah dan hitam. Warna merah begitu memukau dan bergaya manakala warna hitam kelihatan elegan dan canggih. Persamaan yang dikongsi oleh kedua-dua warna ini adalah ia sesuai dipadankan dengan sebarang pakaian. Apabila digabungkan dengan kemasan depan berwarna hitam, rona merah atau hitam yang anggun di belakang peranti ini pastinya menyerlahkan aura sofistikated OPPO F5 6GB.

Topik Berkaitan Netizen 'Tegur' Penampilan Raya Noor Neelofa- "Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?"

Pengumuman OPPO mengenai perkongsian mereka dengan Swarovski menandakan satu lagi langkah daripada pihak mereka untuk terus mewujudkan keseronokan sekitar OPPO F5 6GB. Menurut Nikki Chen Lu, Pengarah Penjenamaan bagi OPPO Malaysia,

“Kedua-dua jenama diminati oleh golongan muda yang secara kebetulannya, turut merupakan penaja pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret baru-baru ini yang menjadi ikutan generasi muda yang mementingkan fesyen dan trend terkini. Perkongsian ideal ini akan melahirkan satu sarung telefon eksklusif, yang bertatahkan kristal Swarovski.”

Sempena pelancaran OPPO F5 6GB (Edisi Merah), sebuah kotak hadiah edisi terhad yang anggun telah direka khas sebagai ganjaran buat 1000 konsumer pertama yang membuat pra-pesanan untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah). Kotak hadiah edisi terhad ini turut didatangkan dengan sebuah sarung telefon satu yang bertatahkan kristal Swarovski secara eksklusif untuk F5 6GB merah bagi meraikan perkongsian OPPO dengan Swarovski Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofaOPPO F5oppo malaysiaSwarovski
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara