Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

‘Terkejut! Terus Diminta Lapor Diri Untuk Masuk Kerja’- OKU & Penghantar Makanan Ini Tak Sia-Sia Ke Ekspo Kerjaya

by Phic ARMAN
July 25, 2022
Share on Facebook

Siapa sangka, pada awalnya hanya mencuba nasib akhirnya rezeki telah menyebelahi mereka di Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022. Expo ini anjuran Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sehingga 27 Julai 2022.

Kami di MURAI MY sempat berkunjung ke sana dan menemuduga beberapa pencari kerja dan ternyata mereka sangat bersyukur kerana banyak peluang pekerjaan.

Sharmilan Swaninathan, 30, yang merupakan seorang OKU (Orang kurang upaya) dari Melaka berharap diberi peluang pekerjaan walaupun  tangan putus akibat kemalangan sebelum ini.

“Kemalangan itu berlaku semasa saya bekerja sebagai chef di Star Cruises lima tahun lalu. Saya terpaksa meletakkan jawatan dan sudah lima tahun mencari pekerjaan.

Sharmilan telah menuntut di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi.

Sharmilan Swaninathan

“Pusat ini membawa saya ke sini dan terdapat banyak kerjaya yang boleh dilihat oleh setiap orang.

“Sebagai Orang Kurang Upaya, ada perjuangan yang perlu saya hadapi. Orang ramai sering memandang rendah orang seperti saya, tetapi kita tidak harus berputus asa dan perlu sentiasa mencuba sedaya upaya untuk mencari peluang,” katanya.

Manakala Muhammad Syamil Mohd Ridzuan, 22, dari Wangsa Maju pula berkata, dia bersyukur kerana ditawarkan jawatan sebagai pembersih kabin pesawat di Lapangan Terbang Subang dengan sebuah syarikat swasta sebaik sahaja selesai ditemu duga.

” Saya dimaklumkan oleh ibu saya untuk cari kerja di sini. Saya terus datang dan sampai sahaja ke sini, saya terus ke salah sebuah syarikat swasta yang menyertai expo ini. Selepas ditemuduga, tak sangka  terus dapat diminta lapor diri pada hari Jumaat  in. Difahamkan mereka memang memerlukan ramai pekerja buat masa ini.”- katanya kepada Murai MY.

Ditanya mengenai pekerjaannya sekarang, Syamil berkata dia sudah setahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Saya dah setahun tidak mempunyai pekerjaan tetap. Untuk menjana pendapatan, saya bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.”- katanya.

Tambah Syamil lagi, dia berharap orang di luar sana tidak terpedaya dengan khabar angin mengenai Expo sebegini didakwa tidak menjamin pekerjaan. Dia sendiri telah buktikan, usahanya datang ke Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 membuahkan hasil.

Topik Berkaitan Isu Gaji RM5 Sejam Dipersoal, KWSP & PERKESO Bukan ‘Benefit’ Seperti Didakwa

Kami di MURAI MY mengajak semua rakyat Malaysia khususnya yang sedang mencari pekerjaan atau ingin meneroka peluang pekerjaan baharu untuk mengunjungi Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang akan diadakan. Orang ramai diminta untuk membuat pra-pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut berkaitan ekspo ini boleh diakses melalui pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ekspo KerjaPERKESO
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  5. 5

    Zakat Selangor Bidas Netizen Isu Azlan The Proton-Type- “Tahu Nak Buat Engagement, Tapi Biar Kena Cara’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara