Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Elak Dapat Barang Percuma, Fasha Sandha Terpaksa Rahsiakan Nama

by Phic ARMAN
November 9, 2025
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama fesyen tempatan, She Dazzle, terus mengukuhkan kedudukan dalam industri apabila melancarkan koleksi terbaharunya, She Dazzle Society (SDS), di butik rasmi jenama itu di Taman Melawati semalam.

Koleksi ini mengetengahkan konsep ‘quiet luxury’ iaitu gaya ringkas namun penuh kelas yang memberi penekanan kepada keselesaan, kekemasan dan elemen elegan.

Zarawani Salim

Menurut pengasanya, Zarawani Salim, SDS direka khusus untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang menginginkan gaya sopan, praktikal dan mudah digayakan.

“Kami percaya gaya tidak semestinya perlu berlebihan. Ada keindahan dalam kesederhanaan. SDS dicipta untuk mereka yang mahu tampil bersih, kemas dan anggun tanpa perlu ‘try too hard’,” jelasnya.

Menariknya, jenama ini turut mendapat sokongan padu daripada pelanggan setia dan selebriti tempatan, termasuk pelakon terkenal Fasha Sandha, yang mengakui telah menjadi pembeli tegar She Dazzle sejak tahun 2022.

Dalam sesi temu bual bersama Murai.my, Fasha mendedahkan bahawa beliau sengaja tidak mendedahkan identiti sebenar ketika mula membeli pakaian She Dazzle.

“Saya memang nak support perniagaan Melayu, jadi saya tak pernah beritahu siapa saya. Nama yang saya guna pun hanya ‘Fasha’, bukan ‘Fasha Sandha’ sebab tak nak orang bagi percuma. Saya nak beli sebagai pelanggan biasa,” katanya sambil ketawa.

Selepas lebih setahun menjadi pelanggan tetap, barulah pihak She Dazzle menyedari pelanggan mereka itu sebenarnya seorang selebriti popular.

“Bila mereka perasan, mereka panggil saya dan bagi beberapa helai baju percuma sebagai penghargaan. Tapi sebenarnya saya tetap terus membeli sebab saya suka kualiti jenama ini dan support perniagaan melayu,” tambahnya.

Selesa, Cantik dan Mampu Milik

Mengulas tentang koleksi terbaharu She Dazzle Society, Fasha berkata beliau tertarik dengan konsepnya yang minimalis tetapi eksklusif.

“Saya suka sebab kainnya tak panas, potongan pun cantik dan simple. Walaupun nampak mahal, tapi harga sebenarnya mampu milik dan berkualiti,” ujarnya.

Bagi Fasha, She Dazzle bukan sekadar jenama fesyen, tetapi lambang keyakinan wanita moden iaitu elegan, praktikal, dan selesa dalam gaya tersendiri.

View this post on Instagram

Kisah Inspirasi Di Sebalik She Dazzle Society

Di sebalik kejayaan She Dazzle, terserlah semangat luar biasa pengasasnya yang bermula hanya dengan modal RM1,000 hingga RM1,500, hasil wang belanja yang diberikan suami.

“Saya mula dengan hire content creator saja. Dari situ kami buat video dan muat naik di media sosial. Alhamdulillah, dari situ She Dazzle berkembang dan kini ada hampir 30 staf dari bermulanya RM1000 hingga ke jutaan Ringgit Malaysia” kata pengasasnya.

View this post on Instagram

Selain itu, SDS menampilkan Family Collection buat pertama kali, merangkumi pakaian untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Idea ini timbul apabila ramai pelanggan bertanya tentang baju raya sedondon, bukan hanya untuk ibu dan anak perempuan.

“Daripada kami buat mommy-daughter sahaja, lebih baik kami buat sekali konsep untuk seluruh keluarga. Ini kali pertama kami lancarkan 12 design serentak untuk keluarga,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi bagaimana keberanian keluar dari zon selesa menjadi titik perubahan hidupnya.

“Saya bersyukur sebab keputusan untuk keluar dari ‘comfort zone’ memang berbaloi. Kadang-kadang susah, tapi saya percaya pada rezeki dan teruskan langkah,” ujarnya lagi.

Kini She Dazzle bukan sahaja fokus kepada pakaian wanita, tetapi turut memperkenalkan koleksi keluarga merangkumi lelaki, wanita, dan kanak-kanak bagi mencipta gaya sedondon yang santai tetapi tetap bergaya.

Menariknya, She Dazzle juga kini mula mendapat perhatian antarabangsa, apabila koleksi mereka tular di Filipina, sekaligus membuka peluang untuk meluaskan pasaran ke luar negara.

Tentang She Dazzle

Ditubuhkan pada tahun 2011, She Dazzle bermula sebagai label gaya sopan dan kini berkembang menjadi jenama arus perdana yang menawarkan rekaan moden, berkualiti, serta mudah digayakan.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti mereka di Instagram @she_dazzle dan TikTok @she_dazzle.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
She DazzleShe Dazzle Society (SDS)Zarawani Salim
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  3. 3

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Tampil Di Ulang Tahun Ke-25 “The Fast & The Furious”, Anak Paul Walker Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara