Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Elfira Loy Jawab Peminat Kerana Dilihat Berubah Dari Segi Pemakaian

by Puteri Alia
September 7, 2021
Foto - Instagram @elfiraloy

Foto - Instagram @elfiraloy

93
KONGSIAN
Share on Facebook

Elfira Loy kini semakin ayu dan anggun dengan penampilkan fesyen wanita muslimah, yang manis bertudung labuh dan mengenakan jubah atau blouse labuh sebagai imej hariannya.

Melihat perubahan dari segi penampilan selebriti tersebut, membuatkan peminat wanita ini tertanya-tanya sebab perubahan tersebut di Instagram Story Elfira baru-baru ini.

Elfira Kongsi Sebab Penghijrahan

Menjawab soalan yang ditanyakan peminatnya itu, Elfira menyatakan dirinya berasa cemburu melihat orang baik dan berasa malu melihat wanita yang baru bertudung tetapi memiliki hidayah yang jelas terpancar di wajah mereka kerana keinginan menutup aurat.

Foto – Instagram @elfiraloy

“Saya fikir apa penghijrahan saya sekarang? Setiap manusia nak lebih baik jadi apa pencapaian saya. Tambahan lagi, saya cemburu tengok orang baik. Malu dengan orang yang baru pakai tudung tapi hidayahnya jelas menutup aurat.

Masih Cuba-Cuba – Elfira

Wanita serba boleh ini juga menyatakan bahawa dirinya kini masih lagi mencuba-cuba dan meminta agar orang ramai mendoakan dirinya agar tidak berbolak-balik dalam apa yang dilakukannya.

Dalam masa yang sama Elfira juga meluahkan buat masa sekarang penampilan yang dibawa jadi mudah kerana masih duduk di rumah, dan menyatakan dirinya berasa risau apabila mula berkerja akan datang.

Foto – Instagram @elfiraloy

“Saya pun masih cuba-cuba. Doakan supaya tidak berbolak-balikkan hati ni. Ni duduk rumah tak ada buat apa memang. Alhamdulillah mudah.

Bila dah mula kerja nanti…….”

Peminat Minta Tips Untuk Kekal Istiqamah

Selain itu, peminat Elfira juga bertanyakan apakah tips untuk diri kekal istiqamah, dan menjawab soalan berkenaan Elfira menyatakan kuncinya adalah dengan mencabar diri menyertai usrah, dan habiskan masa dengan Al-Quran.

Foto – Instagram @elfiraloy

“Saya juga cabar diri saya dengan mengadakan masa untuk diri sendiri bersama al-Quran dan usrah.”

Bagus tips yang diberikan, luangkan masa dengan mengaji al-Quran dan menyertai majlis atau ilmu agama secara dalam talian bukan saja menambah ilmu tetapi juga dapat membentuk diri juga!

Elfira Loy Akui Perjuangan Aktivis GSF Tidak Mudah!-"Memang Rasa Bersalah Kalau.."
elfira loyhijrahmuslimah
https://lomp.at/adfyo
Share37Tweet23SendShare

KINI TRENDING

Lokal

iQIYI Starship 2026 Mendarat di Kuala Lumpur, Dimeriahkan oleh Kehadiran Esther Yu

by Naddy Joe
April 12, 2026

Peminat di Malaysia disajikan dengan malam yang menggembirakan apabila iQIYI Starship 2026 membuat penampilan sulungnya yang sangat dinanti-nantikan di Kuala...

Read moreDetails
Lokal

Che Puan Mahkota Khaleeda Johor Titip Rasa Syukur Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kelima TMJ

by Naddy Joe
April 7, 2026

Kerabat Diraja Johor baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor telah selamat melahirkan...

Read moreDetails
Foto - Aptamil™ KID
Lokal

Bella Astillah Kini Bergelar Duta Aptamil™ KID- “Bila Libatkan Anak, Saya Mahu…”

by Nurul A.
April 14, 2026

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah telah diumumkan sebagai duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID. Perlantikan ini menandakan kerjasama yang berteraskan...

Read moreDetails
Lokal

“Selagi Aku Tak Merajuk, Tolonglah Hire Aku Untuk Watak Dan Naskhah Yang Baik..”-Faye Kusairi

by Naddy Joe
April 9, 2026

Pelakon, Faye Kusairi berkongsi luahan bersama peminat mengenai dirinya yang mengakui kelemahannya adalah dia merasakan dia seorang yang tidak terkenal...

Read moreDetails
Foto - @yusuf_bahrin (IG)
Lokal

Tepis Dakwaan Pihak Ketiga, Yusuf Bahrin Beri Amaran- “Fitnah Itu Dosa!”

by Nurul A.
April 17, 2026

Nampaknya dakwaan kehadiran pihak ketiga sebagai punca keretakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana masih lagi hangat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara