• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pernah Terlibat Dalam Kemalangan, Elizabeth Tan Masih Trauma Untuk Pandu Kereta

Elizabeth akui masih belum mempunyai kekuatan untuk kembali memandu kereta

by Khai Azfar
January 13, 2022
Share on Facebook

Disebalik wajah ceria penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan , tersimpan sebuah kenangan pahit yang menghantuinya sehingga ke hari ini.

Elizabeth Tan Masih Trauma 

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Elizabeth yang mengakui masih belum mempunyai kekuatan untuk kembali memandu kereta meskipun sudah memiliki lesen sejak berumur 18 tahun.

Ini berikutan figura yang mesra disapa sebagai Lizzy itu berada dalam keadaan trauma kerana pernah mengalami kemalangan jalan raya lantas membuat keputusan untuk tidak memandu.

“Saya belum ada keyakinan. Saya memang sudah ada lesen, cuma tidak berani memandu.

“Bukan tidak pernah cuba, tapi masih belum bersedia untuk memandu kembali,” dedah Elizabeth

Akan Kembali Memandu Apabila Dikurniakan Anak 

Bagaimanapun, dia akan melawan perasaan itu dan kembali memandu apabila dikurniakan anak kelak.

“Bila saya ada anak nanti saya pasti akan memandu demi memastikan saya dapat galas tanggungjawab sebagai ibu. Penting untuk saya memandu apabila ada anak nanti untuk rutin harian sebagai ibu,” katanya

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang pernah popular dengan single Police Entry itu akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya pada bulan Februari.

Elizabeth, 28, yang sudah berkahwin dengan Siew Jim pada Mac tahun lalu sebelum ini terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk majlis tersebut berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

“Ya memang hampir setahun sudah kami berkahwin dan seperti semua tahu kita berdepan dengan pandemik Covid-19 jadi kami tangguhkan. Saya memang tetap mahu adakan majlis sebab bagi saya kahwin sekali seumur hidup,” katanya lagi

Difahamkan, majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan dan para jemputan terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat.

View this post on Instagram

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Perkembangan terbaharu mengenai selebriti berusia 29 tahun ini, Elizabeth membintangi siri terbaharu Ex Aku Pontianak yang akan ditayangkan bermula 19 Januari di Astro Ria.

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi 'Boyfriend Online'- "Tak Kisah I Isteri Orang"
Elizabeth Tan
https://lomp.at/mmnfb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore