Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Malaysia

by Naddy Joe
May 8, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Encik Tan, sebuah jenama Singapura di bawah Kumpulan Fei Siong yang berkonsepkan makanan jalanan Cina yang bersijil halal, secara rasmi telah membuat debut pertama mereka di Malaysia hari ini, dengan cawangan pertama (Lot G17) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang SkyPark). Usaha menembusi pasaran Malaysia ini merupakan fasa baru dalam perkembangan serantau bagi jenama ini yang telah pun mempunyai 21 cawangan di Singapura dan satu cawangan di Jakarta.

Cawangan di Malaysia kini sedang melalui proses mendapatkan sijil halal yang mematuhi kriteria Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan segala penyediaan menu dilakukan dengan penuh teliti menggunakan bahan makanan yang disahkan halal. Ini adalah untuk memastikan para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan popular yang dekat di hati dengan penuh keyakinan dan tanpa was was, terutamanya bagi pengguna Muslim yang menginginkan pilihan makanan seharian yang mudah.

Cawangan pertama di Malaysia ini mempunyai keluasan 1,800 kaki persegi dan direka untuk memenuhi sehingga 50 pengunjung. Lengkap dengan hiasan dalaman bergaya kontemporari bersama laluan kaunter yang efisien serta gabungan meja santapan, kerusi berlengan dan meja biasa untuk menyokong keperluan pengunjung yang ingin makan secara santai mahupun dengan segera. Bertemakan warna jingga dan putih, cawangan ini juga memaparkan lukisan mural yang bercahaya dan kaunter tempahan yang terbuka, lantas mengukuhkan identiti Encik Tan sebagai sebuah jenama hidangan tempatan yang moden dan mudah diakses.

Hidangan Jalanan Cina Kini Mudah Diakses

Menu Encik Tan merangkumi pelbagai hidangan jalanan Cina yang popular, dan ini termasuk pilihan makanan istimewa seperti nasi yang disajikan bersama kari dan kepingan ayam (Chicken Cutlet Curry Rice) berharga RM15, hidangan yang digemari ramai, dan terkenal dengan kepingan ayamnya yang rangup dan kuah kari yang pekat dan likat.

Para pelanggan juga boleh mencuba Mi Bebola Ikan (Fishball Noodles) berharga RM13, Mi Udang Hokkien (Prawn Hokkien Mee) berharga RM18, Nasi Claypot Ayam (Claypot Chicken Rice) berharga RM18 dan Mi Istimewa (Signature Noodles) berharga RM20, berserta pelbagai hidangan harian lain yang diinspirasikan oleh juadah klasik jalanan.

Cawangan ini beroperasi setiap hari dari 6.30 AM hingga 10.30 PM, dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan para pelancong, kakitangan lapangan terbang dan komuniti Subang yang berhampiran.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
encik tan
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara