Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Erra Fazira Dedah Perangai Serta Karakter Sebenar Engku Aleesya!

by Ayden Mikhael
July 7, 2018
Share on Facebook

Pelakon, penyanyi serta bekas ratu cantik Malaysia iaitu Erra Fazira memuat naik posting di Instagram beliau mengenai karakter puteri sulungnya, Engku Aleesya Engku Emran.

Erra mendedahkan sikap serta perangai anaknya yang menyerupai dirinya. Antaranya adalah seorang yang bersikap pemalu, kurang mesra jika tidak mengenali, agak lasak serta kurang bersifat keperempuanan.

“Ini shayang mom!! Nama dia Aleesya.. dia anak yg pemalu mcm mak dia.. tapi kalau dah kenal.. dah selesa.. siap laaaa kena buli n sakat pulak dgn dia!! ?

“Lasak pun macam mom dia. Setakat panjat2 .. sapsapsoiii jer!! Tak berapa nak gi-girl pun macam mom dia jugak.. kadang kadang kepala loqlaq pun yer jugak ..?? haaa tu baru mukadimah.. nak cerita pjg lebar la pulak karang… Apapun.. inilah anugerah dan amanah Allah buat ku.. sayang mu hingga ke syurga anakku..” tulis Erra melalui Instagram beliau.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Erra juga mendedahkan Aleesya juga mempunyai tabiat mudah tertidur, cepat pening apabila berada di dalam kereta yang sama seperti Erra. Ini juga menjadi punca pelakon wanita filem Sembilu ini tidak mempunyai pemandu dan lebih selesa memandu sendiri.

“Aleesya mmg ada penyakit senang tido dalam kereta.. n mudah pening dok dlm kereta macam mom dia.. bab ni kami berdua kena sep sikit aaa.. ?? Tu sbb mom tak ada supir.. kalau ada supir, pasti akhirnya mom suruh dok tepi sbb mom kena drive.. baru tak fenin.. ??”, tulis Erra lagi.

Peminat-peminat Erra juga memberi pujian yang kecantikan Aleesya juga sama cantik dan manis seperti ibunya. Malah ada yang turut mendoakan agar pelakon cantik ini cepat bertemu jodoh dan Aleesya mendapat ayah yang baru.

Sesungguhnya hanya seorang ibu yang benar-benar mengenali sikap dan perangai anaknya sendiri. murai.my mendoakan agar kasih sayang dan kegembiraan dua beranak ini berkekalan selamanya, aamiin.

Sumber : Instagram Erra Fazira

Berharap Dapat Ke Jinjang Pelamin, Erra Fazira Mohon Doa Orang Ramai Merestui Mr.E
engku aleesyaengku emranerra fazira
https://lomp.at/2h1ot
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore