Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Erra Fazira Terbuka Bercinta Dengan Ezwan Zain, Akui Tak Gentar Makan Malam Di Tempat Umum

by Puteri Alia
April 8, 2025
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Erra Fazira, 51, semakin terbuka menjalani fasa percintaan baru dengan usahawan Ezwan Zain atau Mr. E, dan mengakui tiada rasa gementar untuk makan malam bersama di tempat umum buat pertama kali. Menurutnya, kematangan dalam dirinya kini membolehkannya menjalani perhubungan ini dengan lebih tenang dan santai berbanding dahulu. “Banyak beza, kalau dulu saya menggelabah, tapi sekarang seiring usia saya sudah semakin okey, makin matang. Tiada apa perlu saya sembunyikan,” ujarnya.

Erra menjelaskan bahawa dulu dia lebih berhati-hati dalam menjaga privasi, terutama ketika keluar untuk makan malam atau bertemu dengan seseorang. “Kalau dulu nak pergi ke mana-mana, nak dating keluar makan malam pun kena ada orang (lain) temankan. Jaga privasi (sebab) banyak hati nak fikir tapi sekarang saya jalan terus serta nak lalui fasa normal macam orang lain,” katanya dengan penuh keyakinan.

Biarpun keluar bersama Ezwan di tempat umum seperti Kampung Baru yang dipenuhi orang ramai, Erra merasakan tiada masalah untuk menjalani saat itu dengan tenang. “Menariknya saya pernah keluar pertama kali di tempat ramai orang di Kampung Baru walaupun masih cari sudut-sudut dan orang tengok, saya rasa baik-baik sahaja,” tambahnya dalam sesi bersama Syok Podcast.

Mengenai hubungan dengan Ezwan, Erra merendah diri dan hanya mengharapkan doa yang terbaik daripada peminat dan pengikutnya. Dia menyifatkan panggilan “Ezra” sebagai usikan nakal netizen yang memadukan nama mereka berdua. Walaupun hubungan mereka kini semakin diperkatakan, Erra lebih memilih untuk memfokuskan kepada fasa seterusnya dalam perhubungan tersebut.

“Alhamdulillah. Ada yang kata restu, lulus, bagi tanda setuju tapi apa pun saya lebih kepada memohon doa. Kadang-kadang indah di sini, cuma biarlah berterusan,” ujar Erra dengan penuh harapan. Erra juga mendedahkan bahawa Ezwan sudah bertemu dengan ibu beliau dan sebaliknya, serta mereka kini mengenali keluarga terdekat masing-masing. Walau bagaimanapun, Erra menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuk terburu-buru dalam melangkah ke fasa seterusnya. “No rush, kita kenal hati budi keserasian yang penting serta matlamat kita di hujungnya,” katanya.

Erra Fazira Panggil Ezwan Hang Kebun? Ini Cerita Sebenarnya...

Awal tahun ini, identiti Ezwan mula menjadi bualan hangat selepas beberapa khabar angin mengenai status hubungan mereka mula tersebar. Namun, kedua-duanya lebih selesa untuk membiarkan hubungan mereka menjadi teka-teki, walaupun beberapa klip video memaparkan mereka bersama dan semakin menunjukkan keakraban mereka. Erra juga menyatakan bahawa Ezwan memberi bayangan bahawa hubungan mereka akan menuju ke fasa yang lebih serius.

erra fazira
https://lomp.at/2r9xy
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore