Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ezwan Zain Cinta abadi Erra Fazira: Ini Kronologi Indahnya Percintaan Hingga Pernikahan Mereka

by Phic ARMAN
December 2, 2025
106
KONGSIAN
Share on Facebook

Percintaan selebriti sering menjadi tumpuan peminat, apatah lagi apabila melibatkan dua nama besar industri hiburan Malaysia. Erra Fazira, primadona tanah air, dan Ezwan Zain, figura  berbakat, kini hangat diperkatakan kerana hubungan mereka yang semakin serius.

Bermula sebagai kenalan lama, bertemu semula secara santai, hingga akhirnya membuka hati antara satu sama lain, perjalanan cinta mereka penuh detik manis dan langkah berhati-hati. Artikel ini menyusuri kronologi hubungan mereka dari awal pertemuan hingga ke fasa cinta yang lebih matang, memberi gambaran jelas bagaimana cinta mereka berkembang di mata peminat dan media.

YouTube video

Awal “Kenalan Semula”,  Tiga Tahun Lalu

Erra pernah menyatakan bahawa beliau dan Ezwan mengenali satu sama lain sejak beberapa tahun dahulu.  Antara pertemuan berlaku sewaktu penggambaran sebuah program, tetapi ketika itu mereka tidak berbual panjang. Kemudian, lebih kurang tiga tahun lalu, mereka bertemu semula ketika di konti radio. Dari situ, Erra berkata mereka mula berbual semula.

Tahun 2024 (sekitar Ogos) mula rapat

Menurut Ezwan sendiri, hubungan antara mereka mula “mekar” sejak sekitar Ogos tahun lalu. Pada ketika ini, Ezwan memberitahu bahawa dia tertarik kepada keperibadian Erra, cara bertutur, adab dan kematangan beliau bukan kerana glamornya. Siapa sahaja tak tertarik dengan Erra ni kan?

Awal 2025 (Januari)  khabar angin

Pada awal Januari 2025 Erra dikatakan me­-muat naik ucapan hari lahir untuk “Mr E” di media sosial, yang kemudian mencetuskan spekulasi peminat tentang hubungan mereka.
Erra pada masa itu menyatakan bahawa dia hanya menganggap Ezwan sebagai “kenalan rapat”, bahawa mereka hanya baru “buka pintu” untuk kenal hati budi, dan hubungannya masih di peringkat awal.

@nouraofficialhq

Ayoyo bang, primadona kita dh merajuk cepat pujuk belanja makan kueh. 😜 #errafazira

♬ original sound – NouraHQ – NouraHQ

Mac 2025,  pengakuan rasmi hubungan

Pada 23 Mac 2025, Ezwan mengesahkan bahawa hubungan mereka telah menjadi lebih serius dan mereka merancang untuk ke “fasa seterusnya”
Media mula menulis secara rasmi bahawa “Erra dan Mr. E bercinta”.

Apr 2025, wujud perancangan masa depan

Dalam temu bual April 2025, Ezwan menyatakan bahawa mereka ada berbincang mengenai perkahwinan,  tetapi tidak menetapkan bila. Erra pula berkata mereka sambil “go with the flow” tanpa tekanan — tetapi jika ada jodoh, dia berharap agar ianya menjadi perkahwinan terakhir yang bahagia.

Mei–Jun 2025, semakin terbuka & restu semua pihak

Erra mula rasa lebih selesa “tampil” dengan hubungan mereka: dia tidak rasa gemuruh jika keluar bersama Ezwan ke tempat umum. Dia juga sudah bersedia jika ada orang kenal pasti mereka sebagai pasangan. Kedua‑dua mereka dilaporkan sudah berjumpa keluarga terdekat masing‑masing.

Disember 2025, Umum Tarikh Pernikahan?

Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan usahawan Ezwan Zain pada 12 Disember 2025 di Shah Alam, Selangor. Majlis resepsi akan diadakan pada 13 Disember selepas majlis pernikahan berlangsung.

Buat peminat yang mengikuti perkembangan mereka sejak awal, sama-sama kita doakan agar segala perancangan dipermudahkan dan andai tiba hari bahagia itu nanti, semoga majlis pernikahan Erra dan Ezwan berjalan lancar, diberkati serta dipenuhi kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Didie Alias & Amelina Titip Ucapan Istimewa Buat Erra Fazira-"Akhirnya Allah Dah Aturkan Teman Hidup Kau.."
erra fazira
https://lomp.at/yvfgs
Share42Tweet27SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore