• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Alicia Amin Hampa Media Tempatan Beri Persepsi Buruk Terhadap Aktor, Fahad Iman

by Puteri Alia
August 2, 2021
Foto - Instagram @hangriii/@fahadiman

Foto - Instagram @hangriii/@fahadiman

Share on Facebook

Tular di media sosial Alicia Amin yang memuatnaik tangkap layar mengenai isu Fahad Iman di akaun Instagramnya semalam, meluahkan rasa hampa dan kecewa terhadap artikel yang dikeluarkan oleh media tempatan.

Tabloid Media Cepat Nak Menjatuhkan Orang – Alicia Amin

Model antarabangsa ini menyatakan rasa hampa terhadap tindakan media tempatan, yang kelihatan sangat cepat menjatuhkan individu ketika berlaku perkara seperti ini.

Artikel yang dikeluarkan oleh portal hiburan tempatan itu memberi persepsi yang buruk terhadap Fahad Iman, dan gara-gara itu artis tempatan ini menjadi bualan hangat dan menerima kecaman orang ramai kerana menghadiri perhimpunan yang dilakukan di Dataran Merdeka.

Foto – Instagram @hangriii

“Tabloid media cepat untuk menjatuhkan, tetapi mereka tidak pernah berada dengan kamu bila melakukan hal yang hebat. Memalukan” tulis Alicia

Penunjuk Perasaan Juga Boleh Lakukan Penjarakan Sosial

Tambahan lagi, Alicia juga menyatakan penunjuk perasaan juga boleh melakukan protes sambil mengamalkan penjarakan sosial dan itu yang cuba dikecapi oleh pihak penganjur.

“Props kepada @fahadiman kerana berdiri teguh terhadap kepercayaan yang dia percaya.

Penunjuk perasaan boleh melakukan penjarakan sosial dan itu lah apa yang penganjur bekerja keras untuk kecapinya, berdasarkan perkongsian peribadi IG Stories kawan saya yang menghadiri perhimpunan tersebut” tulisnya lagi

Fahad Iman Kecewa Dengan Portal Hiburan

Fahad Iman yang banyak menerima kecaman masyarakat kerana artikel yang dikeluarkan oleh portal hiburan itu, juga telah memuatnaik luahan perasaannya rasa kecewa terhadap media tempatan tersebut.

Foto – Instagram @fahadiman

“Anda tahu bagaimana puak di Facebook dan anda menggunakan saya untuk mempengaruhi pada masa ini.

Sokay, anda semua lebih pentingkan anda punya ‘Likes’ dan komen. Anda semua tak kisah pun dengan semua bahasa kasar yang mereka lemparkan kepada saya.

Kerana bukan kena dekat korang, jadi faham kenapa anda tidak boleh kisah. Teruskanlah, syabas” tulis Fahad

Seperti sedia maklum perhimpunan #Lawan ini mendapat perhatian rakyat Malaysia, dan rata-rata ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mereka yang menghadiri protes tersebut kerana khuatir kes jangkitan Covid-19 akan meningkat naik.

Apa-apapun bahasa yang kasar dan mencaci hamun mana-mana individu adalah tindakan yang salah, kerana boleh diklasifikasikan sebagai siber buli.

#lawanalicia aminfahad iman
https://lomp.at/hbdtt
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore