Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Fairmont Tokyo Rasmi Dibuka: Ini Sebab Kenapa Traveler Level ‘Kayangan’ Tak Boleh Miss Stay Sini

Nak Rasa Staycation Paling Exclusive di Tokyo? Fairmont Tokyo Jawapannya!

by Phic ARMAN
July 2, 2025
Share on Facebook

Buat korang yang tengah plan nak ‘upgrade’ percutian ke Jepun, ada satu berita hot yang wajib masuk dalam wishlist: Fairmont Tokyo kini rasmi dibuka! Ini bukan hotel biasa-biasa ya… Ini adalah debut pertama Fairmont Hotels & Resorts di Jepun, dan lokasinya memang strategik, betul-betul di tengah bandar Tokyo.

Dari Shibaura Dengan Cinta – Lokasi Yang Dekat Dengan Segalanya

Terletak di menara baharu ‘BLUE FRONT SHIBAURA’ Tower South, hotel ni cover tingkat 35 sampai 43! Bayangkan, baru check-in je dah terus dapat pemandangan skyline Tokyo yang memang power.

Kalau korang turun dari Haneda Airport, hanya 13 minit je perjalanan. Nak ke Tokyo Station atau Shinagawa Station? Lagi senang, cuma 6 minit. Soal akses memang tip top! Tambah pula kawasan Shibaura ni terkenal dengan laluan terusan cantik, taman-taman hijau dan Zojoji Temple yang ikonik.

Satu benda unik kat sini, tetamu yang sampai akan disambut oleh Serene, seekor anjing Labrador yang comel dan juga Chief Happiness Officer Fairmont Tokyo. Memang rare! Suasana dalam lobby pun cozy, dengan dekorasi ala urban garden dan outdoor terrace menghadap Tokyo Bay dan city skyline.

Syurga Foodie: 7 Tempat Makan Dalam Satu Hotel

Kalau korang memang suka food hunting, sini lah port wajib. Fairmont Tokyo ada 7 restoran dan bar yang bawa konsep Tokyo dengan gaya lebih bold dan mewah.

Antara yang menarik:

  • Kiln & Tonic: Pizza kayu api dan seafood grill… sambil layan view Tokyo Tower.
  • Vue Mer: Gabungan afternoon tea gaya Perancis dan Jepun, plus view laut yang tenang.
  • Migiwa & Totsuji: Sushi dan teppanyaki versi lebih eksperimental.
  • DRIFTWOOD: Kalau craving Yoshoku cuisine (Western style Japanese food), sini tempatnya.
  • Yoi to Yoi: Street food Jepun, perfect untuk yang suka lepak santai.
  • OFF RECORD: Konsep speakeasy listening bar, dengan koleksi vinyl dan rare spirits.

Bilik-Bilik Besar, View Tak Terhalang, Memang Feel Staycation Mewah

Fairmont Tokyo ada 217 bilik termasuk 29 suites, saiz dari 52m² hingga 278m². Setiap bilik ada tingkap floor-to-ceiling untuk korang layan view tanpa gangguan.

Interior hotel ni hasil kerja BAR Studio dari Australia, dengan konsep gabungan elemen seni Jepun klasik macam Kintsugi dan teknik anyaman, tapi dengan mood urban yang moden. Kalau nak lebih special, boleh cuba Fairmont Gold experience, ada lounge eksklusif, private check-in dan personal service.

Pendek Kata…
Fairmont Tokyo ni memang WIN untuk sesiapa yang tengah cari hotel dengan vibe mewah, lokasi strategik dan pengalaman unik ala Jepun moden. Sama ada untuk honeymoon, anniversary, atau reward diri sendiri lepas kerja keras… hotel ni confirm boleh buat percutian korang next level.

Kalau korang memang target Tokyo hujung tahun ni atau awal 2026… better start buat reservation awal. Confirm ramai yang tengah aim nak jadi antara yang pertama stay kat sini!

BLUE FRONT SHIBAURA’Fairmont TokyoHaneda AirportTokyo Bay
https://lomp.at/mfi71
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Bagaimana Vietjet Boleh Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia?

by Phic ARMAN
January 16, 2026

Dalam dunia penerbangan yang sentiasa bergerak pantas, tak semua syarikat mampu kekalkan reputasi cemerlang dari tahun ke tahun. Tapi Vietjet?...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

“Hometown Jungkook BTS”- AirAsia Terbang Semula Ke Busan & Ini Sebab Kenapa Laluan Ini Penting

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Kalau sebut Busan, ramai yang terbayang pantai cantik, udara segar dan vibe bandar pesisir yang sentiasa hidup. Dan kini, berita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore