Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gambarkan Vaksin Seperti Najis? Faizal Tahir Balas Dakwaan Anti Vaksin Ini

by Puteri Alia
July 30, 2021
Foto - Harian Metro/Instagram @faizal_tahir

Foto - Harian Metro/Instagram @faizal_tahir

Share on Facebook

Isu anti vaksin semakin menjadi-jadi, apatah lagi pandangan yang mereka kongsikan di media sosial sedikit sebanyak mempengaruhi masyarakat yang memandang positif suntikan vaksin ini.

Baru ini di Instagram penyanyi tanah air Faizal Tahir, memuatnaik tangkap layar seorang individu yang berkongsi pandangannya terhadap masyarakat yang kelihatan seronok mengambil gambar sudah menerima vaksin.

Anti Vaksin Kecam Penerima Vaksin Ambil Foto Sudah Divaksin

Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik Faizal Tahir itu, indivdu berkenaan menyatakan orang ramai yang telah divaksin tidak sepatutnya menunjukan rasa bangga sudah divaksinasi.

Sebaliknya perlu menunjukkan rasa risau dan takut kerana tubuh disuntik bahan-bahan yang meragukan, dalam masa yang sama individu tersebut cuba menakutkan orang ramai dengan menyatakan ubat vaksin adalah najis.

Foto – Instagram @faizal_tahir/Harian Metro

“Tak payahlah berbangga bergambar menunjukkan kita telah divaksin. Sepatutnya kita bersikap risau dan takur kerana tubuh kita disuntik bahan-bahan yang syubhah dan boleh dikategorikan sebagai najis.

Itu hanyalah satu ikhtiar setelah ‘pakar-pakar’ perubatan dan agama, percaya tidak ada cara lain untuk menangani wabak ini melainkan melalui suntikan bahan-bahan tersebut ke dalam tubuh.” Tulis individu tersebut

Bukan itu saja, anti vaksin ini juga menyatakan masyarakat yang mengambil vaksin perlu menunjukkan wajah kesal seperti orang Islam yang terpaksa makan babi.

“Sepatutnya tunjuk wajah kesal bukannya gembira. Macam orang Islam yang terpaksa makan babi sebab tidak ada makanan lain. Makan sekadar untuk kelangsungan hidup. Ada pernah tengok orang Islam makan babi tunjuk ‘thumbs up’?” Tulisnya lagi

Faizal Tahir Minta Anti Vaksin Tidak Menjadi Batu Api

Dipetik dari hantaran Faizal Tahir, kelihatan penyanyi ini juga berasa terkedu dengan sikap anti vaksin tersebut dan menyatakan setiap individu mempunyai hak masing-masing untuk bergambar bagi yang sudah divaksin.

Tambahan lagi, Faizal Tahir juga menyatakan pandangannya bahawa Islam itu indah dan mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan logik.

Foto – Instagram @faizal_tahir

“Astaghfirullahalaziim. Sepatutnya saya tak boleh bercakap begini, sebab itu hak masing-masing. Samalah juga mereka yang bergambar dah divaksin. Itu hak masing-masing. Dan hanya Allah yang tahu niat masing-masing.

Islam adalah agama yang mengajar kita untuk berfikir secara rasioanl dan mengikut logik. Kalau tak mampu, sekurang-kurangnya jagalah adab dan akhlak ketika berkomunikasi.

Pendek kata, orang nak vaksin atau tidak, nak bergambar atau berzumba setelah divaksin, itu hak masing-masing dan niat masing-masing hanya Allah yang tahu.” Tulisnya

Faizal Tahir juga memesan kepada golongan anti vaksin supaya tidak menjadi batu api dan menakut-nakutkan masyarakat mengenai suntikan vaksin.

“Janganlah jadi batu api, menakut-nakutkan orang dan jadi penyebab yang menghalang orang dari terus berikhtiar untuk membuat sesuatu yang dirasakan baik untuk dirinya. Islam itu indah untuk orang yang berfikir.

Banyak lagi masalah penting yang perlu diselesaikan, Allahu a’lam bisssowaab. Pesanan ini untuk diri saya sendiri.” Tulisnya lagi

Berhentilah menyebarkan rasa takut mengenai vaksin kepada orang ramai, kerana suntikan vaksin ini adalah salah satu jalan bagi melawan virus maut ini.

anti vaksincovid-19faizal tahir
https://lomp.at/tx7p4
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @wanielena (Threads)
Lokal

Pelanggan ‘Return’ Sampah, Pengasas HijabistaHub Luah Kecewa- “Yang Buat Ni Melayu Islam”

by Nurul A.
April 9, 2026

Pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap sesetengah pelanggannya. Menerusi platform Threads, Wanie...

Read moreDetails
Foto - @datoserividaofficial (TikTok) / @cikb_havoc66 (IG)
Lokal

“Sorry Guys, Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa”- Cik B

by Nurul A.
April 7, 2026

Nama ibu pempengaruh Cik B, Datuk Seri Vida jadi perhatian selepas tidak sengaja membangkitkan topik sensitif berkaitan bekas suami Linda...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Bidas Kenyataan Tareq Fit Dakwa Artis Hanya Mahu ‘Engagement’,

by Naddy Joe
April 8, 2026

Pelakon, Kamal Adli tampil membidas kenyataan jurulatih kecergasan, Tareq Fit yang memetik namanya sebagai antara golongan artis yang hanya mahukan...

Read moreDetails
Foto - @didiangelastillah (IG) / @einaastillah (IG)
Lokal

Dahi Berlumuran Darah, Hantaran Ibu Didi Astillah Curi Perhatian- “Semoga Baik-Baik Sahaja”

by Nurul A.
April 27, 2026

Mencetuskan kebimbangan ramai, penyanyi Didi Astillah dikejarkan ke hospital kerana cedera di bahagian kepala akibat terjatuh daripada tangga. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
Foto - @nubhan.ahamad (Threads)
Lokal

Kelibat Wanita Dalam Hantaran IG Nubhan Curi Perhatian- “So Betullah Ni?”

by Nurul A.
March 26, 2026

Nama penyanyi Nubhan menjadi bualan ramai selepas memuat naik hantaran terbarunya di media sosial. Menerusi hantaran tersebut, Nubhan dilihat sedang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara