Wednesday, October 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Faizal Tahir Cakap Bahasa Indonesia Menerusi Single Terbaharu ‘BISA AJA’

by Phic ARMAN
January 18, 2019
Share on Facebook

Menutup tirai 2018 dengan kejayaan single ‘Ragaman’ yang menampilkan sajian muzik berbeza sehingga video muzik rasmi ‘Ragaman’ menjadi tular dan trending #1 di laman Youtube Malaysia. Video muzik ‘Ragaman’ nyanyian penyanyi, komposer dan penerbit tersohor Faizal Tahir kini sudah mencecah lebih 15 juta tontonan sejak dimuatnaik di saluran Youtube Faizal Tahir pada 27 September 2018.

https://www.instagram.com/p/BsxJdQvBS8J/

Sebagai pembuka lembaran 2019 dan setelah mengacah peminat menerusi laman sosial medianya sejak beberapa minggu lalu, Faizal Tahir kini melancarkan single terbaharunya ‘Bisa Aja’. Gandingan trio komposer terkenal Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong dalam ‘Bisa Aja’ ini sekali lagi mencipta sajian muzik yang segar. Gubahan muzik ‘Bisa Aja’ menyuntik elemen ‘country pop’ dan rock malah turut menampilkan petikan gitar solo oleh Faizal.

Lebih menarik lagi, apabila judul serta struktur lirik lagu ini menggunakan istilah atau slanga bahasa Indonesia. Sebagai bangsa serumpun di Nusantara ini, bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia berkongsi banyak perkataan dan istilah yang sama. Namun istilah bahasa Indonesia seperti ‘bisa aja’ dan ‘mahu bicara’ malah istilah bahasa Inggeris ‘cell phone’ lebih sinonim digunakan di negara jiran Indonesia.

https://www.instagram.com/p/Bsu7F_XhFo0/

Faizal yang memang terkenal dengan gimik dan konsep yang tersendiri, telah menyebabkan ramai peminatnya berasa hairan dengan pendekatan terbaharunya ini. Apatah lagi jika disorot laman media sosialnya, Faizal turut menimbukan pelbagai tanda tanya apabila menampilkan video dan gambarnya ketika berada di Jepun sebagai teaser lagu ini. Bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang cuba disampaikan oleh Faizal dalam lagu ini, nantikan video muzik rasmi lagu ‘Bisa Aja’ yang dijangka akan keluar tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/BspwjgzB3ob/

‘Bisa Aja’ diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 18 JANUARI 2019.

bisa ajafaizal tahirMike Chan dan Ezra KongWarner Music Malaysia
https://lomp.at/aqm9e
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Samsons Bakal Beri Elemen Istimewa Buat Peminat Di KL Pada November Ini

by Naddy Joe
September 11, 2025

Selepas 22 tahun menghasilkan karya yang abadi buat para peminat, kumpulan terkenal Indonesia, Samsons kembali mengubati rasa rindu peminat di...

Read more
Screenshot
Indonesia

Afgan Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia Menerusi Retrospektif Showcase

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung...

Read more
by Naddy Joe
October 6, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Thalita Kongsi Momen Kemenangan Talk To My Manager, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Thalita berjaya mendapat tempat kedua di program realiti, Talk To My...

Read more
by Naddy Joe
October 13, 2025
Musik

Malik Choo Tampil Dengan Lagu Solo Pertama ‘Suka Kamu’ – Sarat Dengan Cinta & Jiwa Malaysia

Lepas beberapa tahun menyinar sebagai penyanyi undangan dalam lagu-lagu popular, kini Malik Choo tampil berani dengan single solo pertamanya berjudul...

Read more
by Aphit J.
August 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Tiket Konsert Hafiz Suip Sudah Ada Yang ‘Sold Out’!

Penantian para peminat menjadi kenyataan. Buat pertama kali dalam kariernya, penyanyi Hafiz Suip bakal mengadakan konsert solo berskala besar di...

Read more
by Naddy Joe
July 30, 2025
Indonesia

Konsert BCL: Eternal Love, Timeless Romance Berjaya Sentuh Emosi Ribuan Peminat

Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre pada malam Ahad baru-baru ini dipenuhi dengan pelbagai emosi dan magis menerusi konsert istimewa...

Read more
by Naddy Joe
September 30, 2025
Musik

Iskandar Zulkarnain Kembali dengan Single Solo Emosional “Sewaktu Bahagia”

Setelah lama menyepi dari dunia seni, penyanyi pop rock Iskandar Zulkarnain, bekas vokalis Projektor Band, kini muncul semula dengan single...

Read more
by Aphit J.
July 26, 2025
Berita

Wani Kayrie Hadir Dengan EP Sulung ‘W2K’ & Single ‘Biarkan’

Penyanyi muda penuh bakat dan karisma, Wani Kayrie, baru-baru ini melakar satu lagi detik penting dalam kerjaya seninya menerusi pelancaran...

Read more
by Naddy Joe
July 31, 2025
Musik

[VIDEO] Balan Kash Jadi Sebutan Di Parlimen! Apa Dah Jadi Sebenarnya?

Nama Balan Kash tiba-tiba jadi trending bila disebut dalam Parlimen sendiri. Semua gara-gara album sulung beliau dalam bahasa Melayu berjudul...

Read more
by Zaidin Albert
August 25, 2025
Indonesia

Latihan Pestapora 2025 Pukau 25,000 Penonton, Berjaya Satukan Artis Malaysia-Indonesia!

Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini kembali bergema dengan dengan laungan peminat muzik dari segenap pelusuk Malaysia dan juga Indonesia...

Read more
by Naddy Joe
July 28, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  3. 3

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  4. 4

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem