Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Lebih Berbahaya! Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Varian Delta

by Naddy Joe
July 19, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini, Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran varian baharu COVID-19 yang lebih berbahaya dijangka menular ke seluruh dunia, menjadikan lebih sukar untuk menghentikan wabak itu.

Pengumuman yang membimbangkan orang ramai itu muncul setelah beberapa negara menghadapi gelombang jangkitan baharu yang disebabkan oleh varian Delta, yang pertama kali di India.

Varian Terbaru

via Anadolu Agency

Menurut Berita Harian, terdapat empat varian yang berjangkit secara global telah dikenal pasti iaitu, Alpha, Beta, Gamma, dan varian terbaru, Delta, yang dikatakan merebak dengan cepat. Varian ini turut dikatakan berjangkit dengan lebih cepat, berbahaya, dan berpotensi tidak efektif walaupun seseorang itu sudah divaksin.

Telah Dikesan Di 98 Negara

REUTERS/Danish Ismail

Dipetik dari UN News, varian Delta ini telah dikesan di sekurang-kurangnya 98 negara dan tersebar dengan cepat di kedua-dua negara liputan vaksinasi rendah dan tinggi. Ketua Pertubuha Kesihatan Dunia (WHO), Tdros Adhanom Gebreyesus telah memberi perhatian terhadap terhadap bagaimana ia berkembang dan bermutasi. Kemungkinan besar ia memerlukan penilaian berterusan dan ‘penyesuaian terhadap respon kesihatan awam’.

Mampu Merebak Hanya Dalam Masa 15 Saat

via BERNAMA

Menurut Berita Harian, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan menyebut bahawa varian Delta yang baru ini dapat merebak hanya dalam masa 15 saat. Ini menjadi perbandingan yang jelas jika dibandingkan dengan kes COVID-19 yang sebelum ini di mana individu yang terdedah kepada virus akan dijangkiti kurang dari 15 minit pada jarak satu meter.

“Orang ramai harus elakkan dari berkumpul di kawasan yang sesak, kerana jangkitan dapat merebak di kawasan pengudaraan yang tidak baik.”-Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

 Jangan lupa memakai topeng muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan, dan pengudaraan dalaman yang lebih baik untuk mengurangkan jangkitan virus.       

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara