Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Dituduh Gagal Bayar Hutang Arwah Bapa, Farah Lee Bersedia Ambil Tindakan Undang-Undang

by Naddy Joe
January 4, 2024
Share on Facebook

Personaliti media sosial yang juga aktivis terkenal, Farah Lee tampil bersuara selepas tular dakwaan yang mendakwa dia sekeluarga enggan melunaskan hutang arwah bapanya terhadap bapa seorang individu.

“Kami Akui Memang Terdapat Tuntutan Hutang Dari..”

Menerusi kenyataan rasmi di Instagram, dia mengakui terdapat tuntutan hutang yang dikemukan oleh seorang individu di laman X, namun sehingga kini tiada bukti bertulis atau tidak bertulis yang dikemukakan oleh individu terlibat.

“Saya Farah Lee mewakili semua ahli keluarga saya ingin menafikan semua dakwaan yang telah ditujukan kepada kami. Kami akui memang terdapat tuntutan hutang dari pihak berkenaan pada tahun 2017. Namun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami untuk mendapatkan sebarang bukti berkenaan tuntutan tersebut.

Walaubagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta tidak ada sebarang saksi yang berjaya dikemukakan kepada kami melainkan khabar angin (hearsay) semata-mata.”-tulis Farah Lee di Instagram

Bersedia Ambil Tindakan Undang-undang

Tegas Farah, dia sudah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat yang menyebarkan fitnah di media sosial.

“Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan kami telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua individu dan/atau pihak yang terlibat

dalam penyebaran fitnah tersebut termasuklah saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi terhadap kerosakan imej dan reputasi kami serta gangguan yang diterima terutama saya sebagai figura awam.”-tegas Farah

View this post on Instagram

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Dalam pada itu, aktivis ini turut menitipkan pesanan buat pihak berkaitan untuk tampil membuat permohonan maaf secara terus dan terbuka. Malah, Pihak peguamnya juga tidak teragak-agak untuk memulakan tindakan saman fitnah di Mahkamah.

Farah Lee Dijangka Pulang Hari Ini, Hantaran Suami Curi Perhatian- "Tak Sampai Lagi Malaysia... Dah Minta Izin"
Farah Lee
https://lomp.at/ryens
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore